Di tengah isu tentang ibu bapa yang merebut hak penjagaan anak mereka, pelakon Sharnaaz Ahamd dan bekas isterinya, Noor Nabila sering menjadi contoh ibu bapa yang mementingkan anak mereka dari kepentingan masing-masing.
Ibu main peranan penting
Menurut Nabila, dalam situasi seperti bercerai, dirinya sebagai seorang perempuan dan juga ibu harus memainkan peranan yang penting dalam mengawal keadaan. Katanya, seorang ibu tidak boleh mementingkan diri dan harus menepikan ego demi kebaikkan anak.
Awak berkorban demi anak dan memaafkan serta melupakan demi anak. Awak buat itu sebagai prinsip nombor satu.
Buang semua ego, perit dan pahit. Semua itu kena letak tepi dan jalan terus. Itu bagi saya, saya tak tahu orang lain macam mana. Isu rumah tangga ini, kita tidak tahu dasarnya, saya pun tidaklah rancang semua ini.
View this post on Instagram
Pernah ada pengalaman
Bukan itu sahaja, kakak kepada selebriti Neelofa ini turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu anak lelakinya itu terpaksa melalui apa yang dirinya lalui ketika ibu bapanya berpisah dahulu.
Oleh itu, Nabila terbuka untuk bekas suaminya itu datang dan melihat anaknya bila-bila masa sahaja. Dengan cara itu, anaknya dapat merasakan kasih sayang yang sama daripada kedua ibu bapa.
Saya juga datang daripada broken family di mana ibu bapa saya bercerai. Apabila perkara ini terjadi ketika kecil, saya berjanji dengan diri sendiri, saya tidak mahu anak rasa apa yang saya rasa.
Sampai sekarang saya dan Sharnaaz tiada perjanjian hendak ambil anak bila dan sebagainya. Bila-bila masa Sharnaaz mahu ambil anak, boleh. Dalam sehari, tiga hingga empat kali pun dia datang, saya okay.
View this post on Instagram
Sebagai info, Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 sebelum sah bercerai pada Julai 2020. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden dari perkahwinan tersebut.