“Sampai Sekarang Masih Menggigil” – Wanita Trauma Lelaki Tak Berbaju Tercegat Tunggu Depan Pintu

Kehidupan

“Sampai Sekarang Masih Menggigil” – Wanita Trauma Lelaki Tak Berbaju Tercegat Tunggu Depan Pintu

Zaman sekarang memang kita kena lebih berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan di sekeliling terutamanya bagi kaum wanita.

Bukan di tempat awam sahaja tetapi pelaku sekarang makin selamba ‘buat hal’ dengan lebih berani dan tanpa ‘sorok sorok’ perbuatan mereka.

Advertisement

2 years ago

“Dia Genggam Tangan.." - Dipaksa Beri Nama FB, Gadis Trauma Diganggu Lelaki 'Psiko' Di MRT

Terbaru, seorang wanita mengingatkan penduduk di kawasan Presint 11, Putrajaya untuk peka dengan keadaan sekeliling selepas seorang lelaki yang tidak dikenalinya berdiri di hadapan rumah.

Sampai sekarang masih menggigil ketakutan. Nampak macam dia dah lama aim rumah ni.”

Menerusi perkongsian itu, dia sedar tentang perkara itu selepas diberitahu oleh jiran yang ternampak lelaki itu tercegat di depan pintu rumahnya tanpa memakai baju.

Bukan itu sahaja, dia turut berkata banyak kejadian pecah rumah berlaku di sekitar kawasan tersebut dan ia membuatkannya menjadi lebih cemas kerana takut perkara tidak diingini berlaku.

Dengan meremang bulu roma turun, buka pintu. Nampak muka polis terus rasa nak nangis.”

Menjengah komen di Twitter, ada yang berkata lelaki tersebut dipercayai individu yang sama selalu datang makan di medan selera Presint 11 tanpa memakai baju.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga didakwa kurang waras dan sering dilihat berada di kawasan medan selera tersebut namun tidak mengganggu orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...