Pelakon Remy Ishak baru-baru ini ada berkongsi rahsia mengenai personaliti dirinya yang tidak suka bergambar dan beraksi di hadapan lensa kamera.Pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak ini juga berkara meskipun kehidupannya banyak bermain dengan kamera namun sehingga kini dia masih ada perasaan malu.
“Meh sini aku bagitahu korang 1 rahsia. Benda pelik yang aku sendiri pun tak faham pasal diri aku. Aku sebenarnya tak suka bergambar. Tak suka duduk depan lensa kamera. Ada rasa segan, malu. Sampai sekarang aku masih malu berdepan edengan kamera. Pelik bukan? Pelik tpai benar. Sumpah.”
Peminat yang mengikuti perkembangan Remy rata-rata memberi kata semangat kepada dirinya supaya terus maju ke depan kerana dia telah diberikan kelebihan oleh Allah S.W.T dan tidak harus disia-siakan.
Oktober lalu, Remy tampil membuat pendedahan apabila dirinya dilaporkan mempunyai masalah depresi dan mengalami gangguan sihir. Setelah mendapatkan nasihat daripada keluarga dan kenalan, Remy akhirnya berusaha untuk mendapatkan rawatan dari segi kaedah perubatan Islam.