Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Sampai Sanggup Buat Fake Account Sekadar Nak Kutuk Maki” – Nabil Mahir Mohon Maaf Kekurangan Diri

"Sampai Sanggup Buat Fake Account Sekadar Nak Kutuk" - Nabil Mahir Mohon Maaf Kekurangan Diri

Meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang sanggup membuat akaun palsu di media sosial bagi menyembunyikan identiti sebenar, pengacara Nabil Mahir tidak menafikan golongan tersebut menggunakan pendekatan itu sekadar mahu menghentam pengguna lain semata-mata.

"Sampai Sanggup Buat Fake Account Sekadar Nak Kutuk" - Nabil Mahir Mohon Maaf Kekurangan Diri

Advertisement

Katanya lagi, ramai dalam netizen khususnya di laman Instagram dilihat kerap menggunakan soal agama demi mahu mencaci hina dirinya.

“Ramai di Instagram ini, suka caci orang pasal agama, tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar, ramai yang sampai sanggup buat akaun palsu sekadar nak kutuk maki. Seronok ke?”

Luahan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakannya memuat naik sekeping foto berpelukan bersama tunangnya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat baru-baru ini.

"Sampai Sanggup Buat Fake Account Sekadar Nak Kutuk" - Nabil Mahir Mohon Maaf Kekurangan Diri

Susulan gambar panas tersebut mendapat perhatian netizen, ruangan komen di posting tersebut kemudiannya tidak lekang dipenuhi dengan kritikan netizen.

Namun begitu, Nabil pada masa sama tampil memohon maaf atas segala kekurangan dirinya.

"Sampai Sanggup Buat Fake Account Sekadar Nak Kutuk" - Nabil Mahir Mohon Maaf Kekurangan Diri

 

“Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin.”

sekadar informasi, Nabil dan Ayda telah selamat mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Bagaimanapun, sehingga kini. Kedua-dua mereka dilihat masih merahsiakan tarikh pernikahan mereka.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top