Sampai Nak Ranap Pintu Uniqlo Penangan Koleksi KAWS

Fesyen

Sampai Nak Ranap Pintu Uniqlo Penangan Koleksi KAWS

Baru-baru ini kita semua lihat “semangat” rakyat Malaysia dalam mendapatkan satu koleksi baju edisi terhad di Uniqlo sehingga mereka semua sanggup beratur lama dan berhabis ribuan ringgit.

Pasti anda semua tahu edisi kolaborasi khas Uniqlo x KAWS?

Koleksi KAWS di pasaran

Koleksi ini adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminatnya di Malaysia.

Advertisement

Sebelum ini, koleksi KAWS telah dijual dan sold out pada Jun lalu. Tetapi, Uniqlo Malaysia telah mengambil keputusan untuk melancarkan sekali lagi koleksi ini di stor mereka dan atas talian.
Lancarkan kembali KAWS

Kerana ingin mendapatkan koleksi ini, ada diantara peminat koleksi ingin mendapatkan di atas talian tetapi talian terlalu sesak dengan orang sehingga pembayaran tidak dapat dilakukan.

Menurut seorang pengguna, beliau telah bazirkan masa selama 3 jam untuk bayar tetapi diberitahu stok telah habis.

pelanggan marah dengan sistem atas talian

Advertisement

Beliau sangat kecewa dengan sistem ini dan beri alasan ramai orang atas lain. Alasan ini sebenarnya tidak langsung boleh diterima.

Ramai peminat KAWS juga sanggup beratur lama demi koleksi ini kerana ini adalah kolaborasi terakhir Uniqlo dan KAWS.

Kerana ingin mendapatkan koleksi KAWS, para pelanggan sanggup bertolakan antara satu sama lain sehinggakan pintu stor yang belum habis dibuka ranap.

View this post on Instagram

 

// This is too crazy ? @uniqlomyofficial

A post shared by Sammicci®? (@sammicci) on


Bukan itu sahaja, para pelanggan juga menjerit dan bertolakan dan sanggup memanjat rak demi mendapatkan baju saiz mereka sendiri.

Penangan edisi terakhir KAWS di Malaysia ini memang sangat hebat kerana hampir semua butik Uniqlo di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, Fahrenheit88 dan Kota Kinabalu diserbu peminat setia KAWS sejak 10 pagi.

Ada juga pelanggan yang sanggup berbelanja sehingga lebih RM1,300 untuk membeli pakaian serta tote bag Uniqlo x KAWS ini!

Advertisement

Sanggup berbelanja sehinga RM1300 demi koleksi ini

Menurut Uniqlo setiap pelanggan hanya boleh membeli sehelai baju untuk koleksi KAWS dan sebuah tote bag sahaja.

Kepada anda yang berminat dengan koleksi Uniqlo x KAWS, jangan sedih-sedih jika anda tak sempat beli koleksi ini ya!

Sumber: Uniqlo Official

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...