Baru-baru ini kita semua lihat “semangat” rakyat Malaysia dalam mendapatkan satu koleksi baju edisi terhad di Uniqlo sehingga mereka semua sanggup beratur lama dan berhabis ribuan ringgit.
Pasti anda semua tahu edisi kolaborasi khas Uniqlo x KAWS?
Koleksi ini adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peminatnya di Malaysia.
Sebelum ini, koleksi KAWS telah dijual dan sold out pada Jun lalu. Tetapi, Uniqlo Malaysia telah mengambil keputusan untuk melancarkan sekali lagi koleksi ini di stor mereka dan atas talian.
Kerana ingin mendapatkan koleksi ini, ada diantara peminat koleksi ingin mendapatkan di atas talian tetapi talian terlalu sesak dengan orang sehingga pembayaran tidak dapat dilakukan.
Menurut seorang pengguna, beliau telah bazirkan masa selama 3 jam untuk bayar tetapi diberitahu stok telah habis.
Beliau sangat kecewa dengan sistem ini dan beri alasan ramai orang atas lain. Alasan ini sebenarnya tidak langsung boleh diterima.
Ramai peminat KAWS juga sanggup beratur lama demi koleksi ini kerana ini adalah kolaborasi terakhir Uniqlo dan KAWS.
Kerana ingin mendapatkan koleksi KAWS, para pelanggan sanggup bertolakan antara satu sama lain sehinggakan pintu stor yang belum habis dibuka ranap.
Bukan itu sahaja, para pelanggan juga menjerit dan bertolakan dan sanggup memanjat rak demi mendapatkan baju saiz mereka sendiri.
Penangan edisi terakhir KAWS di Malaysia ini memang sangat hebat kerana hampir semua butik Uniqlo di Malaysia terutamanya di Pulau Pinang, Fahrenheit88 dan Kota Kinabalu diserbu peminat setia KAWS sejak 10 pagi.
Ada juga pelanggan yang sanggup berbelanja sehingga lebih RM1,300 untuk membeli pakaian serta tote bag Uniqlo x KAWS ini!
Menurut Uniqlo setiap pelanggan hanya boleh membeli sehelai baju untuk koleksi KAWS dan sebuah tote bag sahaja.
Kepada anda yang berminat dengan koleksi Uniqlo x KAWS, jangan sedih-sedih jika anda tak sempat beli koleksi ini ya!
Sumber: Uniqlo Official