“Sampai Nak Panggil Saya B****” – Ashira Terima ‘Mesej Layang’ Lepas Bergambar Dengan ‘Crush’ Lama

Hiburan

“Sampai Nak Panggil Saya B****” – Ashira Terima ‘Mesej Layang’ Lepas Bergambar Dengan ‘Crush’ Lama

Baru-baru ini, penyanyi Ashira Aziz telah memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya dan memberi penjelasan selepas foto dirinya bersama seorang lelaki tular di laman Facebook.

Menerusi hantaran tersebut, Ashira mendedahkan bahawa dia telah menerima mesej layang berkali-kali selepas memuat naik gambar tersebut.

Advertisement

Menurut penyanyi berusia 37 tahun itu, mesej layang yang diterimanya itu meminta agar dirinya sedar diri dengan menggunakan panggilan tidak enak kepada dirinya.

Ya saya selalu sedar diri insyaallah belum pernah lupa diri. Saya dah kenal dia ni masa saya umur 14 tahun, dia crush pertama dalam hidup saya.

Bukan baru kenal ya lepastu saya tergedik-gedik tak sedar diri, saya bukan orang yang begitu sampai nak panggil saya B*****.

Dalam pada itu, Ashira turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tidak senang melihat persahabatan mereka dan berpegang pada ketetapan jodoh.

Saya suka ayat ni ‘if someone was meant to be yours, no matter how long, how far you go, how many people you have in your life, he/she will be yours, it’s just a matter of time’ kalau itu yang Allah tetapkan Syukur.

Info tambahan, Ashira Aziz pernah mendirikan rumah tangga bersama anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Bad pada 11 Mac 2021.

Namun, hubungan pasangan ini telah menemui titik noktah setelah membuat keputusan untuk berpisah pada Jun 2022 .

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

scha elinnea
2 years ago

"Haritu Kata Dah Insaf.." - Scha Elinnea Tayang Tatu Baru Di IG, Netizen Persoal Status Agama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...