“Sampai Nak Kena Bagitahu ‘Anak Cacat’..” – Edry KRU Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Hiburan

“Sampai Nak Kena Bagitahu ‘Anak Cacat’..” – Edry KRU Kesal Layanan Segelintir Masyarakat Terhadap Penghidap Autistik

Komposer dan penyanyi terkenal, Edry KRU tampil meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang melayan orang kelainan upaya dan autistik dengan tidak baik.

Menerusi satu video di Instagram, Edry tampil berkongsi momen ketika dia menikmati makan malam bersama anaknya, Emery yang juga penghidap autistik.

Advertisement

Emery, anak istimewa saya. Dia autistik, doa nonverbal, tak ada cara komunikasi seperti manusia biasa. Kini, dia sedang bercuti di Kuala Lumpur. Jadi untuk dua malam, kita pergi makan di salah sebuah restoran kat KL.

Dan apa yang saya mahu katakan adalah, kadang-kadang tindakan anak istimewa ini tak dapat diramal. Dia impulsive, dia tak faham konsep ambil barang dan bayar.

Ada sedikit traumatized dengan layanan orang persekitaran kadang tak faham orang istimewa ni lain dari yang lain. Mereka mula tinggikan suara dan marah-marah, maki. Masyarakat kita tak peka dengan orang-orang yang mempunyai disability mental.

Malah, kongsi Edry lagi, dia terpaksa menggunakan terma ‘anak cacat’ bagi membolehkan orang kebanyakan faham tentang kepayahan serta cabaran membesarkan anak kelainan upaya ini.

Dia juga berterima kasih dengan kata-kata semangat yang diberikan netizen dan menafikan dakwaan dirinya meminta simpati sebaliknya hanya penat kerana perlu ‘memohon maaf’ kerana memiliki anak autistik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahnita wilson makeover rambut
1 hour ago

Zahnita Wilson Buat 'Makeover', Ramai Peminat Nak Cuba Gaya Rambut Ala 'Supermodel' - "Trend Terbaru 2025"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...