Sampai Menjilat Jari! Lelaki Ini Dipuji Masak Hidangan Melayu Untuk Rakan Pejabat & Majikannya Di Korea

Kehidupan

Sampai Menjilat Jari! Lelaki Ini Dipuji Masak Hidangan Melayu Untuk Rakan Pejabat & Majikannya Di Korea

Tindakan seorang lelaki warga Malaysia yang bekerja di Korea membawa makanan untuk rakan-rakan di pejabatnya mendapat perhatian warganet.

Fikri Akram yang bekerja di perantauan telah mengambil inisiatif untuk memasak juadah Malaysia sendiri dan menghidangkannya kepada rakan dan majikannya di pejabat.

Advertisement

Menerusi video dikongsinya di TikTok, Fikri telah menyediakan nasi lemak daun pisang dengan lauk ayam goreng berempah.

Apa yang lebih mendapat perhatian adalah apabila rakan-rakan pejabat Fikri makan juadah itu menggunakan tangan.

Itu bukanlah kali pertama Fikri menyediakan makanan untuk mereka tetapi sebelum ini pelbagai jenis juadah pernah dimasaknya seperti nasi dagang, roti jala, sup tulang, udang masak lemak dan macam-macam lagi.

masak untuk kawan korea

Makin lama mereka juga dilihat makin tidak kekok dan gembira menikmati juadah Melayu menggunakan tangan.

Ramai netizen memuji sikap Fikri kerana rajin memasak dan menjamu rakan sekerjanya malah secara tidak langsung memperkenalkan budaya dan makanan kita ke negara luar.

“Saya rasa dia layak dapat anugerah sebab memperkenalkan masakan Malaysia ke luar negara,” kata seorang individu

masak untuk officemate korea

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nasi lemak di hawaii
2 months ago

"Saya Mula Obses Dengan Rasa.." - Anggap Satu Juadah Yang Sempurna, Nasi Lemak 'Mat Saleh' Ini Popular Di Hawaii

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...