Ketika ini, ramai semakin berani dan tampil berkongsi pengalaman menjadi mangsa buli susulan kes kematian Allahyarham Zara Qairina trending di seluruh negara.
Penyanyi hip hop, Yonnyboii juga tidak terkecuali dan telah mendedahkan kisah lama ketika dia menjadi mangsa buli suatu ketika dahulu.
Jadi sasaran pembuli sebab lemah
Kongsi Yonny ketika ditemu bual, dia menjadi sasaran dan dibuli kerana karakternya yang dikatakan lemah bagi figura seorang lelaki.
Yonny atau Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, juga berpendapat pembuli cenderung memilih individu yang lemah sebagai sasaran mereka.
Saya senang jadi sasaran buli sebab saya lemah, macam tak boleh pertahan diri. Perkara ini disukai oleh pembuli. Ianya tidak menyeronokkan. Sebab buli, saya perlu pindah randah banyak sekolah.
Pembuli tak ingat, mangsa buli takkan lupa
Tambah penyanyi berusia 27 tahun itu, apa yang lebih mengecewakan adalah isu buli tidak dipandang serius dan dianggap perkara biasa dalam kehidupan pelajar di asrama.
Perkara ini terjadi ketika saya dalam asrama juga dan dianggap tradisi. Warden pun tak anggap itu hal besar kerana merasakan itu cara budak-budak.
Dalam pada itu, Yonny akui trauma menjadi mangsa buli itu tidak akan pernah boleh dilupakannya malah berkata dia ada berjumpa semula dengan individu yang membulinya dahulu.
Pada hujung perkongsiannya, Yonny juga berkata pembulinya itu tidak ingat perbuatan mereka terhadapnya.
Apa yang saya perasan, mereka lupa apa yang mereka pernah buat. Saya tak minta mereka datang dan mohon maaf pun. Cuma saya sedih, mereka seolah macam tiada rasa insaf. Sampai mati saya akan ingat perkara ini. Bukan sebab kita nak ungkit, tapi ianya kekal dalam otak.
@hotfm976_ “Yang membuli akan lupa apa yang dia pernah buat, tapi yang dibuli akan ingat seumur hidup apa yang dia pernah tanggung, malah kesan mental yang sangat teruk..” Guys, sahut seruan ini, #HotFMBenciBULI . Hentikan jenayah ini. Laporkan jika ada gejala buli di sekitar anda. Dan awasi setiap apa yang berlaku kepasa anak-anak kita ❤️ #HotFM #BekpesHot #HotfmBenciBuli #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ♬ The melody that appears and disappears beyond regret(1173664) – naopapa