September 24th, 2014

Bergelar isteri, ibu dan kini seorang usahawan yang menjual jubah berjenama Bella Liyana (kerjasama dengan hijabster terkenal Bella Ammara), pastinya ramai yang tertanya-tanya bilakah Liyana Jasmay akan mengenakan hijab. Iyerlah, selalu kalau jual baju muslimah nie, kalau boleh si penjual pun kenalah mengikut syariat yang ditetapkan. Barulah lebih manis dan sedap mata memandang. Tak gitu?

bella ammara

Menurut Liyana Jasmay, suatu hari nanti akan tiba jua masa untuk dirinya menutup aurat sepenuhnya. Kata Liyana Jasmay menerusi Berita Harian:-

Insya-Allah apabila sampai masa, pastinya saya akan pakai tudung. Kakak saya, Adriana Jasmay menjadi contoh terdekat tampil bertudung memenuhi tuntutan sebagai wanita Islam. Kakak saya sendiri pakai tudung dari suka-suka sejak Ramadan dan terus melekat. Kalau boleh saya pun nak jadi macam itu.

Malah ruang bekerjasama dengan jubah Bella Liyana ini pun membawa kepada kebaikan mengajak wanita berpakaian sopan. Bukan saja untuk wanita bertudung, jubah ini pun boleh digayakan wanita yang tak bertudung kerana rekaannya yakni di bahagian atas baju sangat menarik.

bella ammara

Sama-samalah kita doakan agar masa itu akan tiba dalam masa terdekat ini. Buat makluman anda, jubah Bella Liyana dijual dengan harga bermula RM249 dan ada dalam 10 pilihan. Cantik-cantik kesemuanya. Kalau berminat, boleh follow Instagram Bella Ammara dan layari www.bellaammara.com.


Comments are closed.

Loading...