Perkongsian usahawan sensasi, Jofliam di Instagram story sering mendapat perhatian dan menjadi bualan termasuklah yang dimuat naik baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, Jofliam telah berkongsi video sedang menikmati bijiran yang menurutnya telah membuatkannya ‘addicted’ disebabkan kesedapannya.
Kata Jofliam, bijirin bersaiz kecil jenama itu yang berperisa coklat dan mentega kacang membuatkannya ‘ketagih’ sehinggakan dia mahu menikmatinya setiap hari pada waktu petang.
Bagaimanapun, menerusi laman media sosial perkara itu dibangkitkan oleh netizen disebabkan status halal makanan berkenaan yang diragui.
Seorang individu telah muat naik tangkap layar video Jofliam dan berkata suatu ketika dahulu dia menolak untuk cuba rasa bijirin jenama itu kerana kotaknya tidak mempunyai logo halal.
Menurut netizen, kotak itu mempunyai lambah ‘kosher’ yang memberi maksud ia diluluskan oleh Orthodox Union (OU) yang memberi maksud ia mengikut undang-undang pemakanan Yahudi.
Hantaran yang kini tular di Threads itu turut berkongsi penerangan tentang perbezaan Kosher mengikut Yahudi dan Halal mengikut agama Islam.
Dalam kosher, penyembelihan tidak semestinya menyebut nama Allah. Dalam Islam, ‘Bismillah, Allahuakbar’, wajib. Kosher juga membenarkan arak & produk beralkohol.
Turut dikongsikan, tangkap layar persoalan sama ada bijiran jenama Reese’s Puffs yang dimakan Jofliam itu adalah halal atau tidak dan jawapannya adalah tidak disebabkan mengandungi gelatin serta perisa yang tidak disahkan halal.
Individu tersebut turut mengingatkan orang ramai bahawa mencari yang halal itu adalah satu kewajipan buat semua orang Islam untuk mendapat redha Allah SWT di dunia dan akhirat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.