Terbaru, penerbit popular, A.Aida memuat naik satu video di laman Instagramnya yang menarik perhatian ramai.
Melalui video dimuat naik itu, A.Aida meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang hanya dipanggil sebagai Dato’ S kerana enggan membayar hutang.
Difahamkan, Dato’ S itu telah meminjam wang sebanyak RM1.3 juta tetapi masih belum membayar semula dah kini ‘menghilangkan’ diri.
View this post on Instagram
Kata penerbit itu, ketika mahu meminjam wang, individu tersebut telah berjanji pelbagai perkara tetapi semua itu hanyalah sekadar ‘janji kosong’.
Tambahan A.Aida lagi, dirinya akan mengambil tindakan undang-undang iaitu menyaman jika individu berkenaan tidak membayar RM1.3 juta dengan kadar segera.