Sampai Hati Pekin Tuduh Saya Curang – Uqasha Senrose

Hiburan

Sampai Hati Pekin Tuduh Saya Curang – Uqasha Senrose

Hati wanita mana yang tidak remuk apabila kekasih hati menuduh dirinya curang. Kesian pun ada juga kepada Uqasha Senrose. Namun inilah asam garam percintaan. Jangan sampai putus cinta sudahlah. Bagi Abang Nara, Uqasha dan Pekin perlu bersemuka untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.

uqasha

Advertisement

Sedih juga Abang Nara apabila membaca luahan hati Uqasha menerusi Berita Harian hari ini. Memang betullah kata orang waktu pertunangan adalah waktu paling mencabar. Salah faham sedikit boleh jadi gaduh besar. Kata Uqasha:-

Sampai hati dia menuduh saya sebegitu rupa (curang dengan Sharnaaz). Tidakkah dia terfikir wanita yang dituduh bukan-bukan itu ialah orang sama yang pernah disanjung suatu ketika dahulu?

Tapi, saya takkan balas perbuatannya. Biarlah orang nak kata apa pun, saya tidak akan sesekali mendedahkan perkara yang berlaku antara kami. Biarlah saya pendam segala-galanya.

Saya tidak faham mengapa dia begitu sewenang-wenanganya menuduh saya berlaku curang? Bukan dengan Sharnaaz saja, malah dia juga mendakwa saya ada hubungan dengan beberapa lelaki lain.

Saya sanggup bersemuka dengannya dan Sharnaaz…. andai ia boleh membuatkan dirinya (Pekin) percaya antara saya dan pelakon itu tiada ikatan cinta.

uqasha

Menerusi apa yang Abang Nara baca hari ini, perselisihan faham antara Uqasha, Pekin dan Sharnaaz telah pun diselesaikan. Sebentar lagi Abang Nara akan kongsikan apa yang sebenarnya terjadi antara mereka bertiga. Agak kelakar juga sebenarnya. Tunggu!!!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...