Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih apabila penyanyi rock tanah air, Datuk Awie berasa kurang senang dengan kehadirannya dalam industri muzik negara.
Dalam satu posting di Instagram miliknya, Aliff menyatakan bahawa dia merupakan seorang peminat tegar Datuk Awie.
Dia turut menceritakan zaman lalunya di mana dia sanggup mengumpul duit untuk membeli kaset Datuk Awie sehingga dimarahi ibu kerana dianggap membazir.
Saya dulu kumpul duit tau nak beli kaset Dato Awie…Sampai mak saya marah saya kata saya membazir.”
Dalam pada itu, Aliff juga sangat berharap agar penyanyi lagu Sejati itu dapat menerima kehadirannya di dalam industri muzik dengan hati yang terbuka.
Apa pun saya doakan Dato Awie selalu bahagia dunia dan akhirat dan terbuka hati terima kehadiran saya..”
Pada akhir coretannya, dia turut menggunakan tanda pagar #datoawieidolasy bagi menunjukkan bahawa dia masih meminati penyanyi rock tersebut.
Sebelum ini, Datuk Awie pernah meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengasas kosmetik yang dianggap ‘melacurkan’ serta merosakkan industri muzik tanah air.