“Sampai Hari Ini, Saya Tak Pernah Tinggal Solat” – Angeline Tan Enggan Sia-Sia Permulaan Baru, Berguru Dalami Agama

Hiburan

“Sampai Hari Ini, Saya Tak Pernah Tinggal Solat” – Angeline Tan Enggan Sia-Sia Permulaan Baru, Berguru Dalami Agama

Pelakon Angeline Tan meluahkan rasa syukur apabila dikelilingi dengan orang-orang yang baik sejak dua tahun bergelar mualaf.

Kata isteri aktor, Sabri Yunus itu perkara tersebut dapat membantunya dalam menebalkan iman di dada untuk bergelar Muslimah sejati.

Advertisement

Tambah Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan, antara perkara yang paling penting menjadi keutamaannya adalah untuk sentiasa menjaga ibadah solat fardu lima waktu.

Mula-mula (peluk Islam) dulu memang susah, sebab tak biasa. Tapi sekarang, dah biasa (jaga solat). Macam sekarang saya berada di sini (Kuala Lumpur), nanti balik rumah dan kalau tak mampu (sempat), saya akan jamakkan (di Kelantan).

Angeline Tan

Angeline juga berkata dia percaya dikurniakan kecekalan hati yang kuat untuk sentiasa mengutamakan solat fardu kerana itu merupakan tiang agama.

Insya-Allah, sampai ke hari ini, saya tak pernah tinggal solat sebab saya tak nak sia-siakan satu permulaan yang bagus.

Ujarnya lagi, dia perlu betul-betul mengikut peraturan dan segala bimbingan serta menanamkan dalam hati bahawa solat itu ibarat ‘homework’.

Angeline Tan dan Sabri Yunus

Akui ilmu agamanya masih cetek, Angeline berkata dia kini masih belajar mengaji dan berguru untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Kalau kita tak pernah (tinggal solat), disiplin itu memang sudah ada dan kita akan fikir solat itu ibarat ‘homework’ yang perlu disiapkan.

Kalau orang dapat kebaikan daripada apa yang yang kongsikan, alhamdulillah. Itu semua atas izin Allah.

Baru-baru ini, pelakon berusia 58 tahun itu telah diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H 2025M bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Angeline Tan (@angelinetanyy)

Angeline memeluk agama Islam pada September 2023 sebelum mendirikan rumah tangga dengan rakan lamanya dalam industri hiburan, Sabri Yunus, sebulan kemudian.

Angeline Tan Sabri Yunus
2025-07-20 16:00:50

"Hidup Kami Sangat Simple Dan Biasa Biasa Tapi Kami Bahagia" - Foto Angeline Tan & Sabri Yunus Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...