“Sampai Bocor Kepala..” – Tindakan Lelaki Pukul Kawan Anak Umur 9 Tahun Bikin Netizen Berang

Berita

“Sampai Bocor Kepala..” – Tindakan Lelaki Pukul Kawan Anak Umur 9 Tahun Bikin Netizen Berang

Sebuah perkongsian di Twitter hari ini mengundang rasa berang netizen apabila seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah dipukul sehingga berdarah di kepala oleh seorang lelaki dewasa dipercayai bapa kepada kawan sekolah mangsa.

Kanak-kanak tersebut yang baru sahaja berusia 9 tahun itu dipukul di luar kawasan pagar sekolah oleh lelaki tersebut yang dipercayai berlaku di Chendering, Kuala Terengganu.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, satu laporan polis juga telah dibuat bagi tindakan selanjutnya akibat insiden tersebut.

Menurut Sinar Harian, mangsa dikatakan bermain sebelum bergaduh dan telah menampar rakan sekelasnya itu.

Lelaki berkenaan kemudian dipercayai bertindak mencekik dan mengangkat mangsa sebelum menghempasnya ke bawah menyebabkan kepala mangsa mengalami luka kerana terkena batu.

Terdapat beberapa keping foto yang memaparkan kecederaan yang dialami kanak-kanak terbabit yang terlihat agak parah akibat dipukul.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa berang dengan tindakan pelaku yang dianggap tidak wajar memandangkan mangsa hanyalah seorang kanak-kanak kecil.

komen twitterSumber : Twitter  

Budak umur macam ni memang nakal tapi jangan dipukul anak orang itu. Tegur baik-baik atau boleh bagitahu bapak dia. Bukan sesuka hati pukul anak orang – netizen

Difahamkan kes kini masih dalam siasatan pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

tol free
3 years ago

Tol Percuma, Diskaun Sehingga 50% Sempena Aidilfitri - Ismail Sabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...