Sampai Bila Saya Nak Makan Hati? – Emma Maembong

Hiburan

Sampai Bila Saya Nak Makan Hati? – Emma Maembong

Perghhhh. Tak pernah disangka ayat sebegini akan keluar daripada mulut Emma Maembong. Selama ini aksi Emma dan Zizan seringkali menunjukkan kebahagiaan yang dikecapi oleh mereka. Nampak sweet. Nampak manis. Nampak romantik. Rupa-rupanya Emma Maembong sudah lama memendam rasa. Menangis, berendam air mata dan juga makan hati. Tak sangka di sebalik senyuman gembira rupanya hati Emma penuh luka.

emma maembong

Advertisement

Tidak diketahui pula apa yang dilakukan oleh Zizan Razak sehingga menyebabkan Emma terasa sebegini rupa. Biarlah ia menjadi rahsia mereka berdua. Yang penting, Emma turut menafikan yang dia hanya mahu mengikis wang Zizan. Kata Emma:-

Saya reda dengan apa yang terjadi. Keluarga saya sendiri tidak tahu mengenai berita ini dan mungkin hanya tahu melalui berita yang dikeluarkan wartawan saja.

Mungkin selama ini orang melihat kami sebagai pasangan yang ‘sweet’ tetapi mereka tak tahu apa yang saya lalui. Jika asyik berendam air mata saja buat apa diteruskan hubungan ini. Sampai bila saya nak makan hati?

Saya berani bersumpah selama kenal dia, saya tak pernah guna atau kikis duit dia. Saya sendiri bekerja dan ada pendapatan. Kalau dari awal saya nak kikis duit orang lebih baik saya cari lelaki yang lebih kaya.

Tapi saya cintai dia selama ini ikhlas dan pada satu tahap saya sudah tak mampu bertahan lagi dengan sikapnya.

Untuk makluman, hubungan Emma dan Zizan sudah lama goyang cuma baru-baru ini sahaja baru pelakon comel ini nekad meninggalkan kekasihnya itu. Hmmmmm. Kesiannya. Apa pun, Emma akan terus menyokong Zizan sebagai seorang kawan. Kata Emma:-

Saya tak benci atau mahu memusuhi Zizan. Malah saya akan terus menyokongnya sebagai kawan. Mungkin perpisahan ini akan ada yang menyalahkan saya sebagai punca. Terpulang. Ada benda yang saya sudah tidak mampu lagi bertoleransi dengannya. Tak apalah orang tak tahu apa yang saya lalui. Biarlah. Dunia seni ini pun kecil dan pusing pusing akan jumpa dia juga

emma maembong

Sehingga ke saat ini, Zizan masih tidak memberikan sebarang reaksi mengenai perpisahan ini. Mungkin Zizan juga masih bersedih dengan apa yang terjadi. Iyerlah, bercinta lama-lama tetapi akhirnya putus di tengah jalan. Siapa tak sedih kan? Emma Maembong pulak tue. Fuh~~~ Tak apalah. Inilah yang dikatakan tak ada jodoh. Semoga mereka bertemu dengan insan yang lebih sesuai selepas ini. Sama-samalah kita doakan. Sumber Berita Harian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...