Sebelum ini, seorang doktor ada menegur pempengaruh tersebut kerana berkongsikan resepi minuman manis yang dianggap mendatangkan penyakit.
Individu tegur resepi KA minyak banyak
Kali ini, seorang individu di platform X tampil bersuara dengan menegur Khairul Aming atau mesra dipanggil sebagai KA untuk berkongsi resepi yang lebih sihat untuk netizen.
KA dah boleh kot start buat healthy food educate orang Malaysia makan n minum secara sihat.
KA dah boleh kot start buat healthy food educate orang Malaysia makan n minum secara sihat sampai bila nak suruh orang masak pakai minyak banyak2 . Influence la secara lagi baik .
— Kylo Afif (@AfifAimi2) March 16, 2025
Individu tersebut merasakan resepi makanan yang sering dikongsikan oleh KA kebanyakannya mengguna minyak yang banyak, di mana ia sama sekali tidak sihat dan boleh mendatangkan keburukan untuk yang mencuba.
Netizen ‘back-up’ Khairul Aming
Biarpun sekadar berkongsikan pendapatnya, tetapi netizen kebanyakannya tampil mempertahankan pempengaruh tersebut dengan menyatakan KA sebelum ini sering kali berkongsikan resepi-resepi sihat.
Dalam pada itu, ada juga yang merasakan terlalu ramai pihak yang seakan-akan sengaja mahu mencari salah influencer itu.