“Sampai Bila Nak Merana Kan..” – Lufya Alana Titip Kata Semangat Buat Puteri Sarah Isu Kontroversi Rumah Tangga

Trending

“Sampai Bila Nak Merana Kan..” – Lufya Alana Titip Kata Semangat Buat Puteri Sarah Isu Kontroversi Rumah Tangga

Belum selesai isu kontroversi rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, malah lebih hangat lagi apabila aktres itu tampil memberi ‘hint’ yang mengandaikan suaminya itu sebenarnya sudah menikah dengan orang ketiga, Ira Kazar.

Meskipun kelihatan sedih seperti mana ditonjolkan dalam setiap status di media sosial, Puteri Sarah tetap dibantu oleh peminat dan juga rakan artis yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat bagi menghadapi ujian yang dilaluinya kini.

Advertisement

Seperti satu komen ini, pelakon Lufya Omar dilihat tidak melepaskan peluang untuk memberikan nota dan ucapan semangat buat Puteri Sarah.

Tulis Lufya di ruangan komen satu video di Instagram Puteri Sarah, dia ada meminta rakannya itu untuk bertahan namun kini tidak perlu lagi untuk berbuat demikian.

Dulu aku suruh ko bertahan kan..sekarang aku rasa ko dah kena buat decision untuk kebahagiaan diri ko sendiri dulu baru fikirkan yang lain.

Sampai bila nak merana kan. U deserve to be happy with someone who can appreciate you.

Puteri Sarah dilihat hanya meninggalkan komen emoji berbentuk hati pada komen yang ditinggalkan Lufya itu.

Terdahulu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu tampil memberikan bayangan berkaitan kemelut rumah tangganya yang tercemar akibat kehadiran orang ketiga.

Dia seakan-akan mendakwa suaminya itu telah bernikah dengan anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira Kazar di luar pengetahuannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Sarah
1 year ago

"Maruah Takde Kerana Duit" - Puteri Sarah Berang Dituduh Bolot Harta Suami Sendiri Oleh Pihak Ke-3?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...