Ramadan dan Syawal bukan sekadar persiapan baju baru atau juadah istimewa rumah terbuka. Cakap tentang Raya, momen berkumpul dengan ahli keluarga antara detik yang ditunggu-tunggu.
‘Macam mana kerja?’, ‘Gaji dah naik, bila nak beli rumah?’, ‘Sampai bila nak sewa?’ Itu antara soalan-soalan yang selalu ditanya kepada ahli keluarga dalam lingkungan 20-an ke atas.
Membina keluarga dan memberikan tempat berteduh terbaik antara topik utama. Kediaman yang ideal menjadi elemen penting untuk memulakan keluarga.
Miliki kediaman lambang kestabilan
Bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi memiliki kediaman juga lambang kestabilan dan kesediaan untuk membina sesuatu yang lebih kekal.
Pemilikan rumah mestilah disertakan bersama perancangan yang teliti. Ia melibatkan pertimbangan kewangan, gaya hidup dan lokasi yang sesuai untuk jangka panjang.
Tapi realitinya ramai juga yang terpaksa menangguhkan keputusan ini kerana merasakan prosesnya rumit atau memerlukan komitmen kewangan yang besar.
Namun, Raya ini mungkin ada jawapan untuk mereka yang selama ini teragak-agak. Tropicana Corporation Berhad melancarkan kempen ‘Redefining the Art of Living‘, satu kempen yang direka khas untuk memudahkan perjalanan memiliki kediaman sendiri.
Tropicana Corporation Berhad lancarkan kempen Raya bernilai lebih RM2,000,000*
Tropicana Corporation Berhad melancarkan kempen “Redefining the Art of Living” menyebarkan rezeki Raya bernilai lebih RM2,000,000* untuk pemilikan kediaman dalam mempermudahkan proses dan membantu pembeli lebih yakin dengan keputusan diambil.
Kenapa kena beli kediaman dengan Tropicana Corporation Berhad? Ada bermacam kelebihan ditawarkan yang patut direbut pembeli dalam kempen berlangsung.
Dapatkan Samsung Music Frame untuk kegunaan di kediaman baru dan juga berpeluang menang Raya Rezeki Giveaway. Ada bermacam hadiah lumayan dan kejutan dengan setiap pembelian*.
Selain itu, yuran guaman 100% ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. Jadi tak perlu risau tentang bayaran ini. Jadi boleh salurkan dana untuk keperluan rumah yang lain.
Pembeli boleh merancang kediaman lebih awal dengan pakej perabot dan hiasan dalaman yang disediakan, menjadikan proses berpindah masuk lebih mudah tanpa perlu bermula dari kosong.
Ganjaran Rujukan sehingga RM80,000!
Bagi mereka yang suka berkongsi dan bijak merebut peluang, kempen ini turut menawarkan Program Rujukan “Referral Programme” dengan ganjaran sehingga RM80,000. Caranya mudah sahaja, hanya perkenalkan bakal pembeli kepada kami, dan bagi setiap jualan yang berjaya, anda akan menerima ganjaran tersebut.
Selain itu, pelbagai pilihan penyelesaian pembayaran secara fleksibel turut disediakan seperti “Easy Payment Scheme” dan Maybank MyDeco. Pembayaran ini membantu pembeli merancang komitmen kewangan mengikut gaya hidup masing-masing.
Kempen ini melibatkan pelbagai pembangunan kediaman daripada Tropicana di beberapa lokasi menarik termasuk Klang Valley, Genting Highlands, Langkawi dan Johor.
Lembah Klang
Tropicana Aman – Varia Shop Offices
Pilihan komersil strategik dekat Kota Kemuning, dikelilingi komuniti township matang dengan lebih 600,000 penduduk.
Tropicana Alam – Avisa Residences
Rumah teres dua tingkat seluas 20’x70′ di Puncak Alam, sesuai untuk keluarga dengan persekitaran hijau, pemandangan tasik, dan akses terus ke Lebuhraya DASH.
Tropicana Metropark – SouthPlace 2 Residences & Shoppes
Pembangunan pegangan bebas di Subang Jaya yang menggabungkan gaya hidup bandar dengan ruang hijau dan ketersambungan lebuhraya terus.
Tropicana Gardens – Edelweiss Shoppes
Ruang niaga premium di Kota Damansara dengan akses terus ke MRT, sesuai untuk pelaburan komersil.
Genting Highlands
Tropicana WindCity – Tropicana Grandhill (TwinPines Serviced Suites), Tropicana Paradise (Villa Lots) & Tropicana Avalon (Breeze Hill Service Apartments & Shoppes)
Pelbagai pilihan kediaman di Genting Highlands, dari suite servis mewah hingga lot vila pegangan bebas dengan suasana tanah tinggi yang sejuk.
Tropicana Grandhill – TwinPines Serviced Suites
Suite servis mewah pegangan bebas di kawasan tanah tinggi Genting Highlands, sesuai untuk percutian peribadi atau pelaburan.
Tropicana Paradise – Villa Lots
Lot vila pegangan bebas dengan gaya hidup tanah tinggi yang tenang dan pemandangan semula jadi yang indah.
Tropicana Avalon – Breeze Hill Service Apartments & Shoppes
Apartmens servis pegangan bebas di Gohtong Jaya, Genting Highlands dengan pemandangan bukit yang menyegarkan, menawarkan gaya hidup premium dan peluang pelaburan.
Langkawi & Johor
Tropicana Cenang – Clarissa Serviced Suites
Suite servis pegangan bebas hanya beberapa langkah sahaja dari pantai, direka untuk percutian keluarga dan pelaburan jangka panjang.
Lido Waterfront Boulevard – Skypark Kepler
Kediaman berjenama pegangan bebas berdekatan RTS Link Johor Bahru, dengan kemasan mewah dan diuruskan oleh Banyan Group yang prestij.
Tropicana Uplands – Fraser Heights
Rumah teres 2 & 3 tingkat pegangan bebas di Gelang Patah, dikelilingi kehijauan dan berdekatan dengan Singapura, sesuai untuk generasi akan datang
Yang paling penting, untuk merebut semua ini, pembeli kena cepat ambil peluang disebabkan kempen terhad berlangsung sehingga 18 April 2026 sahaja. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!
Untuk info lanjut, kunjungi laman rasmi Tropicana Corporation Berhad atau laman kempen DI SINI. Jangan lupa ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk tidak terlepas promo dan update terkini.

