“Sampai Bila Nak Masyarakat Mengata Saya Makan Harta Anak Yatim? Duit Faraid Dah Masuk Akaun..” – Kata Ali Puteh Untuk Hidayah

Hiburan

“Sampai Bila Nak Masyarakat Mengata Saya Makan Harta Anak Yatim? Duit Faraid Dah Masuk Akaun..” – Kata Ali Puteh Untuk Hidayah

Kemelut yang berlaku di antara pelawak, Ali Puteh dan bekas kakak ipar, Nor Hidayah boleh dikatakan hingga ke hari ini masih belum ada penghujungnya.

Ali Puteh dah ‘penat’ dikecam masyarakat

Terbaru, melalui sesi temubual bersama pihak media, Ali meluahkan rasa ‘penat’ kerana sampai hari ini dirinya masih menjadi mangsa kecaman netizen susulan kes yang berlaku bersama Hidayah.

Advertisement

Bahkan meminta Hidayah untuk henti sebar kenyataan berunsur fitnah hingga membuat netizen benci padanya.

Sudah-sudahlah. Stop lah tularkan artikel yang boleh netizen pandang hina pada saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Hutang kalah mahkamah belum selesai, duit faraid sudah selesai!

Dalam pada itu, bagi memuaskan hati masyarakat, Ali mendedahkan duit faraid sudah pun diselesaikan sejak sebulan lalu, cuma yang tinggal hutang kalah mahkamah sahaja.

Kali ni dah dapat duit faraid tolonglah keluarkan satu video faraid dah selesai. Pendek, cukup.

Kalau kita kalah di dunia, belum tentu kita kalah di akhirat

Tambahan Ali lagi, dia tidak kisah dengan kekalahannya dalam kes mahkamah bersama bekas kakak ipar dan kini dalam usaha untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut.

Saya tengah meniaga, awak upload gambar saya ‘tu sambal laku keras, jangan lupa bayar hutang saya’. Allahuakbar..

Akhir kata, pelawak itu memberi nasihat buat orang ramai untuk berhenti mengata dan sibuk tentang isu orang lain.

isteri arwah abam bocey
1 year ago

"Kepada Adik Ipar, Saya Doakan Perniagaan Semakin Berjaya" - Hidayah 'Remind' Ali Puteh Langsaikan Hutang, Enggan Kes Berlarutan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...