Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan suami kepada penyanyi Adira, Datuk Red yang kini sudah diisytihar muflis dan sedang mencari kerja bagi menampung keperluan diri, dua isteri dan anak-anaknya.
Datuk Red juga kini sedang berhadapan dengan tuntutan cerai daripada kedua-dua isterinya iaitu Adira dan Datin Red namun lelaki itu memaklumkan bahawa dia akan tetap mempertahankan rumah tangga yang dibinanya itu.
Namun, dalam rasa simpati yang dikirimkan netizen terhadap nasib yang menimpa Datuk Red itu, muncul pula kenyataan daripada beberapa orang individu yang mendakwa lelaki itu telah menjalankan urusan jual beli tanah yang tidak sah.
Komen-komen dakwaan ditipu Datuk Red itu ditulis dalam satu hantaran di aplikasi X di mana Datuk Red ditemu ramah oleh media mengenai isu yang dihadapinya kini.
Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar netizen berhenti mengecam dan mendoakan agar urusan Datuk Red dipermudahkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.