Sampai 3 ‘Maids’ Pakai Uniform Ikut Pergi ‘Shopping’, ‘Founder’ Dikritik Makin Suka Menunjuk-Nunjuk – “Dulu Tak Macam Ni Pun…”

Trending

Sampai 3 ‘Maids’ Pakai Uniform Ikut Pergi ‘Shopping’, ‘Founder’ Dikritik Makin Suka Menunjuk-Nunjuk – “Dulu Tak Macam Ni Pun…”

Usahawan dan juga pempengaruh berasal dari Kelantan, Syima Eima mencuri perhatian selepas dia berkongsi video ketika keluar membeli belah bersama anak dan pembantu rumahnya.

 

Advertisement

Bawa tiga ‘maid’ lengkap beruniform

Menerusi video dikongsi di Instagram, Syima telah merakamkan hari ketika dia keluar ke pusat beli belah dan turut membawa tiga orang pembantu rumahnya.

Ketika dia memilih barangan dan membeli belah, bayi kecilnya itu dijaga, dikendong dan diuruskan oleh tiga pembantu rumah berkenaan yang lengkap memakai uniform.

Syima juga kemudian turut membawa mereka untuk makan di sebuah restoran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Norhasyimah (@syima_eima)

 

Video viral, teruk dikritik

Tanpa disangka, videonya itu tular sehingga ke negara luar dan hantaran tersebut turut dipenuhi komen daripada netizen dari pelbagai negara.

Tidak hanya netizen Malaysia, terdapat juga komen daripada bahasa Indonesia, Inggeris malah juga Sepanyol, Greek dan Jerman serta Arab.

Rata-ratanya mengkritik dan mendakwa Syima hanya sekadar mahu menunjuk-nunjuk kekayaan sehingga mempunyai tiga orang pembantu rumah.

Ramai turut mengkritiknya kerana membiarkan pembantu rumah memakai uniform ketika keluar dan berpendapat ia suatu penghinaan buat mereka.

komen netizen  komen netizen komen netizen komen netizen komen netizen

 

“Dulu tak macam ni pun”

Ada juga yang menegur riak wajah pembantu rumahnya masing-masing monyok, tidak gembira dan seperti terpaksa.

Dalam pada itu, netizen Malaysia pula berkata Syima dahulu tidak seperti ini namun tidak tahu mengapa seperti semakin menunjuk-nunjuk, sama seperti seorang pempengaruh lain yang gemar membuat content sama.

komen netizen komen netizen komen netizen  komen netizen komen netizen komen netizen

atikah suhaime bawa penjaga anak makan korean sashimi
2 weeks ago

Atikah Suhaime Belanja Dua Penjaga Anak Makan Korean Sashimi, Bil Cecah RM800 - "Ada Kerja Bibik Kosong Lagi Tak?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...