Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sambutan Penuh Sederhana, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pakai Baju Tidur Rai Birthday Anak Bongsu

Tampil meraikan ulang tahun pertama anak bongsu mereka, Ayya Soffya pada Selasa, pasangan selebriti popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal raih perhatian netizen.

Advertisement

Menerusi sebuah posting di laman Instagran Aeril, jelas kelihatan majlis sambutan hari lahir anaknya itu diraikan dengan penuh sederhana.

“Alhamdulillah hari ini genap setahun @ayyasoffya. Happy birthday cinta hati ayah. Jom wish kat dia, nanti bila besar dia boleh baca.”

Namun, apa yang menarik perhatian netizen ialah sambutan itu diraikan di rumahnya sahaja bersama anak beranaknya sambil menggayakan baju tidur. 

Advertisement

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya gembira melihat sikap rendah diri keluarga tersebut.

Malah, mereka juga dilihat tidak ketinggalan menzahirkan ucapan hari lahir buat puteri bongsunya itu.

Sambutan Penuh Sederhana, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pakai Baju Tidur Rai Birthday Anak BongsuSambutan Penuh Sederhana, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pakai Baju Tidur Rai Birthday Anak BongsuSambutan Penuh Sederhana, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Pakai Baju Tidur Rai Birthday Anak Bongsu

Sekadar informasi, Aeril dan Wawa telah sah bergelar suami isteri pada 25 Februari 2012. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 2, 2020 at 2:38 pm

    Alah, masa kahwin pun nan hado apalah sgt pakai baju tidur time bday anak kan suhairil ooii?..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama