Hari ini, masyarakat beragama Hindu menyambut perayaan Hari Deepavali dan bagi kaum-kaum yang lain turut bercuti bagi memberi laluan kepada hari peristiwa terbesar negara kita ini.
Kebiasaannya, perayaan Deepavali sinonim dengan hiasan kolam yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan selain hiasan lampu-lampu di rumah seperti sebuah pesta cahaya.
Selain itu, kudap-kudapan serta kuih muih tradisional kaum hindu ketika perayaan Deepavali pasti juga dinantikan oleh setiap lapisan masyarakat. Jom kami senaraikan beberapa kuih yang selalu menjadi pilihan tetamu!
1. Achi Murukku
![Achi murukku](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/10/24084535/AchuMurukku5.jpeg)
Turut dikenali sebagai murukku bunga ros, ia adalah kudapan manis wajib ada di hari perayaan Deepavali dan menjadi kegemaran kanak-kanak. Achi Murukku ini diperbuat daripada tepung beras, terdapat pilihan telur dan juga vegetarian tanpa telur.
2. Murukku
![murukku](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/10/24084633/butter-murukku-500x375-1.jpeg)
Yang ini tak perlu diperkenalkan lagi, kalau bukan hari perayaan Deepavali pun tetapi menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
3. Chittu Urundai
![Chittu](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/10/24084727/chitturunde.jpeg)
Kini semakin jarang dijumpai, ia adalah sejenis manisan bebola kecil yang diperbuat daripada tepung kacang hijau, kelapa parut, bijan hitam dan gula jaggery.
4. Nei Urundai
![nei urundai](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/10/24084854/IMG_5182-scaled.jpeg)
Dibungkus dalam kertas berwarna warni, Nei Urundai mempunyai rasa yang manis dan digemari kanak-kanak. Diperbuat daripada tepung kacang dal, minyak sapi, rempah dan buah kismis.
5. Ketti Urundai
![Ketti urundai](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/10/24085051/maxresdefault-2-1.jpeg)
Agak ‘mencabar’ ketika memakannya kerana teksturnya sangat keras, Ketti Urundai merupakan sejenis juadah yang diperbuat daripada tepung dal dan juga kacang hijau selain saiznya yang sebesar segenggam tapak tangan!
6. Athirasam
Mungkin kelihatan sama dengan cucur denderam, tetapi Athirasam mempunyai resipi yang sedikit berbeza dan merupakan makanan wajib ada ketika di hari perayaan Deepavali.
7. Seedai
![Seedai](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/10/24085247/UppuSeedai-FI-500x500-1.jpeg)
Diperbuat daripada tepung gandum, kelapa parut dan rempah ratus serta pilihan tepung dal. Ia berbentuk bebola kecil dan digoreng dalam minyak dan boleh dimasak sebagai bukan manisan mahupun bergula.
8. Sippi
![Sippi](https://cdn.beautifulnara.net/wp-content/uploads/2022/10/24085356/sddefault.jpeg)
Diperbuat daripada tepung gandum, gula digoreng dalam minyak, ia seakan kuih siput yang selalu kita makan sebagai jajan. Boleh dimakan begitu sahaja ataupun disalut dengan serbuk gula.
BeautifulNara juga ingin mengucapkan selamat hari Deepavali kepada mereka yang menyambutnya!