Jujur Abang Nara katakan, Abang Nara memang suka melihat hubungan silaturahim yang terjalin di antara Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Abby Abadi. Inilah ciri-ciri perhubungan yang kita impikan walaupun sudah tidak bergelar suami dan isteri. Masih mesra, masih mengambil berat dan sentiasa ada ketika diperlukan. Terbaru, mereka bertiga telah pun menyambut ulangtahun suami Abby Abadi bersama-sama.
Rata-rata netizen memuji dan melahirkan rasa gembira melihat kemesraan keluarga ini. Respek sungguh Abang Nara dengan mereka. Semoga kita mengambil pengajaran dan menjadikan mereka contoh dalam hal ini. Kata Memey:-
Sebenarnya, kami merancang untuk beraya bersama-sama, tetapi secara spontan timbul idea untuk membelikan kek sempena ulang tahun kak Abby bersama suaminya. Abang Norman pun terima cadangan saat akhir saya itu.
Seperti semua sedia maklum, kami sekeluarga memang rapat sejak dulu lagi. Oleh itu, perkongsian berkenaan bukanlah sekadar untuk mempamerkan kemesraan semata-mata, sebaliknya menjadi kenangan dan khas buat tatapan peminat saya.
Lebih mudah apabila kita bersikap positif dalam pelbagai aspek, daripada mengusutkan fikiran dengan anasir negatif. Insya-Allah pasti semua akan berjalan lancar
Semoga ukhuwah ini akan terus kekal buat mereka selama-lamanya. Tahniah kerana menjaga hubungan silaturahim dengan begitu erat sekali. Respek!!! Sumber Berita Harian.