September 25th, 2020

Menyambut ulang tahun perkahwinannya yang kesembilan semalam, pasangan pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang meraikannya di sebuah restoran yang terletak di Menara Kuala Lumpur mencuri tumpuan netizen.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9, Norman Hakim Hadiahkan Jambangan Duit Kepada Memey Suhaiza

Hal ini demikian kerana, hadiah yang diterima Memey daripada suaminya sangat berbeza jika dibandingkan dengan orang lain kerana lazimnya setiap pasangan sering diberikan jambangan bunga.

Namun, Norman yang juga bekas suami kepada pelakon Abby Abadi itu bertindak memberikan isterinya jambangan duit sempena meraikan hari istimewa tersebut.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9, Norman Hakim Hadiahkan Jambangan Duit Kepada Memey Suhaiza

Kata Norman, beliau memang sengaja memberikan hadiah berupa wang ringgit bagi memudahkan urusan isterinya membuat pilihan sendiri barangan apa yang ingin dibeli di kemudian hari.

“Alhamdulillah ada orang tu gembira sangat dapat bunga ‘money’ bouquet macam tu. Senang kita orang lelaki tak perlu pening fikir nak beli hadiah apa. Kita beri macam ni pandai-pandai nanti isteri nak beli hadiah apa yang betul-betul dia nak.”

Dalam pada itu, Memey menerusi sebuah entri di laman Instagram mendedahkan beliau amat gembira dengan pemberian yang cukup bermakna daripada suaminya itu.

“Selalu dapat bunga pun gembira dah, tak sangka rasa jambangan bunga macam ni. Lain lagi perasaannya. Nak selalu..boleh mummy berbelanja.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya cuba meneka jumlah keseluruhan wang tunai yang diterimanya dalam bentuk jambangan tersebut. Malah ada juga yang dilihat gigih mengira wang kertas bernilai RM50 itu dan beranggapan kesemuanya berjumlah RM2,000 secara keseluruhan.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9, Norman Hakim Hadiahkan Jambangan Duit Kepada Memey Suhaiza

Sekadar informasi, Memey telah sah menjadi isteri kepada Norman pada 24 September 2011. Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.


One response to “Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-9, Norman Hakim Hadiahkan Jambangan Duit Kepada Memey Suhaiza”

  1. Anonymous says:

    untung mereka berkhalwat masa Abby dalam pantang

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...