Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-6, Siti Elizad Bagi Ucapan Khas Buat Suami Di Instagram

Siti Elizad

Menyambut ulang tahun perkahwinan ke-6 tahun, pelakon dan juga juruhebah radio, Siti Elizad dilihat telah menitipkan ucapan khas buat suami tersayang, Shamsul Baharin Rahman.

Siti Elizad yang sering tampil positif dan periang itu mencurahkan isi hati dan ternyata ianya telah menarik perhatian netizen yang mengikuti perkongsian pelakon itu di Instagram.

Advertisement

Dalam entri itu, dia berterima kasih kepada suaminya kerana sentiasa berada di sisi dan bersabar dengan dugaan yang dilalui mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Dia turut memuat naik foto sebuah rumah yang menurutnya telah dibeli pada tahun 2018 dan dijangka siap pada tahun ini dengan harapan diisi dengan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga yang dibina.

Advertisement

“Kami beli rumah ini pada 2018 dengan harapan 2021 siap, kami ada zuriat sendiri. Nampaknya kita masih lagi berdua sayangku. Nampaknya isteri awak ini terpaksa jadi ‘baby kecik’ untuk meriahkan keluarga kecil kita. I sangat-sangat berharap you tak boring dengan I, memandangkan isteri you belum ada rezeki nak bagi you zuriat sendiri. Selamat ulang tahun ke-6 sayangku. Terima kasih selalu layan, sabar dan lindungi saya. Insha-Allah kita sama-sama doa dan terus berdoa lagi. Love u till Jannah sayang.”

Coretannya itu ternyata telah membuatkan peminat tampil mendoakan agar pasangan ini dikurniakan rezeki anak dan dimurahkan rezeki. Ada juga yang menitipkan kata-kata semangat agar Siti Elizad tidak berputus asa dalam mencapai apa yang dihajati bersama suami tersayang.

Sekadar info, Siti Elizad dan suaminya Shamsul Baharin Rahman telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2015 dan kini masih menantikan kehadiran zuriat pertama mereka. Sebelum ini, Elizad pernah menjalani rawatan IVF dan hamil untuk beberapa minggu sebelum keguguran pada November tahun lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top