Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-12, Ustaz Ebit Lew Titip Ucapan Romantis Buat Isteri

Hiburan

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-12, Ustaz Ebit Lew Titip Ucapan Romantis Buat Isteri

Menitip ucapan romantis buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-12 pada 1 Ogos lalu, pendakwah tersohor tanah air, Ustaz Ebit Lew sekali lagi mencuri perhatian netizen.

ustaz ebit lew sambut ulang tahun perkahwinan ke 12

Advertisement

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram, Ustaz Ebit dilihat meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana menjodohkan dirinya dengan wanita terbabit. Malah tidak lupa menzahirkan ucapan terima kasih buat bidadarinya itu kerana sudi menjadi isterinya sehingga kini.

ustaz ebit lew sambut ulang tahun perkahwinan ke 12

Katanya lagi, selain tidak lekang perasaan cinta buat isterinya, Ustaz Ebit juga akui mungkin agak sukar untuknya mengecapi segala kejayaan yang diperolehnya kini tanpa wanita tersebut di sisi.

“Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama. Macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan. Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru.”

Dalam entri itu, Ustaz Ebit turut berkongsikan video bersama isterinya di dalam pasar raya miliknya.

ustaz ebit lew sambut ulang tahun perkahwinan ke 12

“Setiap hari macam pengantin baru. Tanpa bidadari abang tak tahulah bagaimanalah nak berdakwah, berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang.”

Seperti sudah dijangka, perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut di laman berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan ulang tahun perkahwinan buat pasangan itu. Malah wujud juga segelintir peminatnya mendoakan agar rumah tangga yang dibina lebih satu dekad itu akan kekal bahagia hingga akhir hayat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...