Pelakon jelita, Izara Aishah menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya ada memuat naik kenangan ketika menyambut kelahiran anak pertamanya, Irisa Alaia.
Beberapa video pendek yang merakamkan detik indah itu dimuat naik sempena ulang tahun kelahiran yang setahun buat Irisa untuk perkongsian bersama peminat serta pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
Video itu ternyata telah mencuri perhatian peminat gara-gara kecomelan Irisa yang sangat mencuit hati.
Dalam beberapa hantaran lain, Izara juga berkongsi beberapa keping foto ketika majlis meraikan hari lahir anak kesayangannya itu di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Tampil comel anak-beranak dengan busana merah jambu, Izara menzahirkan perasaan syukur kerana dikurniakan permata hati dan mengucapkan kata-kata sayang buat Irisa Alaia.
Terdahulu, Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Irisa Alaia pada 15 April 2020.