August 10th, 2020

Menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran yang ke-28 pelakon itu tempoh hari, ahli perniagaan yang juga kekasih hati pelakon Ruhainies yang dikenali sebagai Mr. E mendedahkan dirinya telah menghadiahkan lebih enam beg tangan kepada pelakon itu dan setiap satu dianggarkan bernilai puluhan ribu.

Kekasih Hadiahkan Beg Tangan Harga Puluhan Ribu Buat Ruhainies

Katanya, tidak mengapa untuk berbelanja mewah buat orang yang tersayang kerana beliau memang suka memberikan hadiah edisi terhad dan tidak mudah didapati di mana-mana buat kekasihnya itu.

“Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak?”

Ujar lelaki itu lagi, Ruhainies merupakan seorang insan yang cukup istimewa di matanya. Menurutnya lagi, beliau juga turut mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada aktres itu.

ruhainies terima hadiah beg tangan bernilai puluhan ribu daripada kekasih

“InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies.”

Malah turut memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan kekasih semoga segala perancangan untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.

ruhainies terima hadiah beg tangan bernilai puluhan ribu daripada kekasih

“Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik.”

Terdahulu, Ruhainies menzahirkan rasa berang apabila sekeping foto mendedahkan wajah kekasihnya itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman sosial.

Menurutnya, tindakan yang dilakukan individu itu adalah salah dan melanggar hak privasi orang lain. Hal ini kerana, dirinya belum bersedia untuk berkongsi wajah mahupun nama sebenar kekasihnya itu kerana bimbang kehidupannya sebagai seorang selebriti yang dikenali sering menjadi perhatian ramai akan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa.

Sumber: Harian Metro


2 responses to “Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-28, Kekasih Hadiahkan Beg Tangan Harga Puluhan Ribu Buat Ruhainies”

  1. Anonymous says:

    harap boyfren belikan telekung baru untuk ruhainies. tak mahal pun telekung berapa ratus je compare dengan handbag puluh ribu. cantik la sikit

  2. Watever says:

    Tak nak beritau harga tap tetap nk ckp jumlah nye “berpuluhan ribu”.. ape ke bodoh nye ko nik dik oi….kalo dah memang suma show off smoai bl bl tetap nk show off.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...