Sambut Ulang Tahun Ke-8 Hermo Dengan 11 Promosi Produk Kecantikan Tidak Masuk Akal!

Hiburan

Sambut Ulang Tahun Ke-8 Hermo Dengan 11 Promosi Produk Kecantikan Tidak Masuk Akal!

Dengar cerita ramai yang dah bersiap sedia untuk menyambut kedatangan tarikh keramat iaitu 12 Jun. Ada yang tanya kenapa? Kalau anda nak tahu, ia adalah sambutan kelahiran laman kecantikan atas talian terkenal iaitu Hermo. Satu rahsia yang diketahui ramai, Hermo memang terkenal dengan sifat murah hatinya ketika sambutan ulang tahun mereka.

Malahan sambutan ulang tahun ke-8 Hermo #HERMO612 tahun ini juga bakal membuatkan ramai wanita penasaran dek pelbagai tawaran menggiurkan. Bukan biasa-biasa tahu, Hermo menjanjikan diskaun barangan sehingga mencecah 80% selain promosi pada saban hari dan juga harga produk semurah RM6 sahaja. Wow! Tidak dilupakan pelbagai barangan percuma dan e-baucar sebagai ucapan terima kasih kepada pelanggan kerana membeli-belah bersama Hermo.

Advertisement

Bagi memastikan anda adalah antara individu yang bertuah, jangan lupa untuk capai #InfiniteBeauty anda semasa promosi yang berlangsung daripada 10 hingga 24 Jun ini di laman Hermo. Rebut peluang ini dan temui kecantikan tanpa batasan!

hermo 8-infinite beauty

Hermo berwajah baru dengan kualiti perkhidmatan yang sama

Di kesempatan ini, Hermo juga mempersembahkan wajah baru mereka bagi menyambut ulang tahun yang ke-8 menandakan bahawa laman kecantikan atas talian ini sentiasa ‘up-to-date’ dengan peredaran semasa. Tapi jangan risau kerana Hermo tetap menawarkan kualiti perkhidmatan sama seperti biasa iaitu ‘tip-top’ dan memuaskan!

1. Un-beliv-8-ble Flash Deals

hermo sale

Gilalah! Hermo langsung tidak berkira dengan pelanggan apabila mereka bakal mengadakan tawaran kilat pada setiap hari, sepanjang promosi untuk #HERMO612 ini berjalan.

Bayangkan anda dapat memiliki pelbagai produk kecantikan daripada jenama antarabangsa dengan harga yang tidak masuk akal. Sepertinya Hermo membuka peluang keemasan ini untuk anda tampil menawan tanpa perlu berbelanja dengan mahal.

Innisfree (sehingga 45% potongan dan tambahan 15% diskaun dengan GWP)

innisfree

Klairs (sehingga 30% potongan dan GWP) (Change to 38%)

klairs

Laneige (sehingga 46% potongan untuk set dan GWP)

laneige

Dr. Jart+ (sehingga 50% potongan bagi seluruh jenama)

A close up of a device Description automatically generated

*Tawaran ini berlangsung daripada 10 hingga 24 Jun.

2. Kecantikan Anda Sendiri

Seperti yang diketahui oleh wanita yang mementingkan penjagaan diri, produk kecantikan daripada Korea dan Jepun juga boleh tahan keberkesanannya untuk variasi kulit. Gunakan promosi Hermo ini untuk kelihatan cantik seperti pelakon wanita K-Drama kegemaran anda!

Bukan sahaja anda boleh menikmati diskaun sehingga 50% banyaknya malahan Hermo turut menawarkan baucar tambahan dan juga promosi harian. Antara produk yang boleh didapati menerusi tawaran hebat ini ialah Cosrx, Pyunkang Yul, Helmish, Benton, Neogen, Klavuu, @cosme nippon dan Calypso. Dahsyat!

neogen

*Tawaran ini berlangsung daripada 18 hingga 24 Jun.

3. Tawaran Tak Masuk Akal & Hadiah Misteri!

Walaupun dah tonyoh mata banyak kali pun dek tidak percaya, anda masih lagi akan disajikan dengan promosi yang hebat melampau daripada Hermo. Tak cukup dengan potongan harga malahan anda boleh rebut pelbagai e-baucar yang tak ternilai harganya. Mungkin bernilai RM88? RM888? RM8,888? Tuah ayam nampak di kaki, siapa tahu tuah anda datang dalam bentuk baucar Hermo!

Tak tergoda dengan tawaran baucar sahaja? Jangan terkejut kerana Hermo turut menyediakan pelbagai hadiah misteri yang menarik pada saban hari. Pastikan anda memilikinya!

*Tawaran ini berlangsung daripada 10 hingga 24 Jun.

4. Dapatkan e-Baucar Percuma!

Apa lagi yang dinantikan, cepat membeli-belah di Hermo sepanjang promosi #HERMO612 bagi melayakkan anda untuk bergembira dengan habuan e-baucar terdiri daripada pelbagai nilai. Disebabkan jumlahnya yang terhad, pemberian baucar ini adalah kepada siapa cepat, dia dapat. Jangan gigit jari kalau anda berlengah dan terlepas peluang mantap ini!

5. Hadiah Eksklusif Untuk Ahli Gold & Platinum

Perhatian kepada pelanggan Hermo yang merupakan ahli Gold dan juga Platinum, ini adalah peluang anda menggunakan kelebihan tersebut untuk memiliki hadiah istimewa.

Beli-belah RM126 atau pun lebih daripadanya bagi melayakkan anda mendapatkan botol air Special Birthday Edition Bros yang berharga RM26. Tawaran ini bermula daripada 12 Jun dan hanya kuantiti yang terhad disediakan. Jadi cepat serbu Hermo!

6. L’Oreal Be a Beauty Boss

loreal be a beauty boss

Berita baik untuk pengguna setia produk kecantikan jenama L’Oreal Paris, NYX, Maybelline dan Garnier kerana anda boleh miliki barangan ini dengan harga durian runtuh! Dengan promosi gila-gila Hermo, ini adalah peluang anda untuk tambah koleksi alat solekan berjenama daripada 10 hingga 17 Jun dengan potongan harga sehingga 70%, tambahan ekstra 20% serta barangan percuma. Wow!

Bahkan pada 12 dan 24 Jun, pada jam 12PM ke 2PM, para pelanggan Hermo boleh menikmati diskaun hebat sehingga 50% semasa Happy Hour. Tak cukup dengan itu, pada 15 dan 22 Jun daripada jam 12PM ke 2PM, Happy Gift Hour akan berlangsung dan anda berkemungkinan bertuah dan mendapat hadiah set bernilai RM240!

Loreal Revitalift

7. Jualan Sempena HERMO 8-nniversary Dengan Promosi Berkaitan “8”

Serendah RM8 – Dengan promosi ini, anda boleh dapatkan pelbagai produk keperluan untuk kecantikan dengan harga yang murah sangat bermula daripada 10 hingga 14 Jun. Bersiap sedia!

Beli 1 Percuma 8 – Beli-belah produk seperti Mamonde Blue Chamomile Soothing Repair Cream Set dan Innisfree Brightening Pore Skincare Set daripada 15 hingga 17 Jun bagi membolehkan anda menerima 8 barangan percuma eksklusif.

Tiada yang melebihi RM88 – Kepada pencinta mask penjagaan muka, rebut kesempatan untuk dapatkan kulit wajah yang flawless menerusi promosi yang berlangsung daripada 18 hingga 21 Jun ini. Tampil cantik tanpa belanja mahal!

face mask

Diskaun sehingga 88% bagi produk kecantikan – Daripada 22 hingga 24 Jun, anda boleh miliki banyak barangan solekan seperti L’Oreal Paris Color Riche Lipstick – Free The Nudes Collection [Ada 6 Pilihan] dan Uriage Bariesun MAT Fluid SPF50+ 50ml dengan harga yang berpatutan!

8. Syurga K-Beauty

k-beauty paradise

Produk kecantikan daripada Korea sememangnya elok sangat tapi harga yang mahal sering membuatkan ramai yang terpaksa melupakan hasrat mereka untuk memiliki barangan tersebut. Dengan promosi Hermo yang berlangsung daripada 10 hingga 17 Jun, kesemua wanita boleh bersorak gembira kerana anda boleh membeli-belah daripada jenama terkenal seperti Laneige, Mamonde, Ryo dan Mise En Scene tanpa perlu risaukan duit kering-kontang.

Malahan ada promosi kilat setiap hari termasuklah pemberian e-baucar dan juga hadiah percuma lantas membuatkan pengalaman membeli-belah di Hermo sepanjang promosi ini menjadi lebih bermakna.

Lagi beruntung, anda juga berpeluang untuk memenangi satu set best-seller daripada produk K-Beauty yang bernilai RM612. Bestnya!

Sesiapa yang merebut pelbagai produk berjenama ini dengan pantas juga bakal menerima 10 hadiah percuma apabila berbelanja RM100. Cepat-cepat!

9. Tawaran Hermazing

Rasa macam tak percaya apabila anda boleh memiliki pelbagai produk best-seller dengan harga diskaun apabila membeli-belah di Hermo. Bukan satu atau pun dua, malahan tawaran ini merangkumi 12 produk berbeza bagi setiap wave. Fuhhh!

      • Wave 1 – 10 – 14 Jun
      • Wave 2 – 15 – 17 Jun
      • Wave 3 – 18 – 21 Jun
      • Wave 4 – 22 – 24 Jun

Banila Co. Clean It Zero Cleansing Balm Original 100ml (Harga asal: RM116.20 | Harga promosi: RM49.95)

banila co

Pyunkang Yul Cosmetic Essence Toner 200ml (Harga asal: RM69 | Harga promosi: RM44)

Pyunkang Yul

Some By Mi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Toner 150ml (Harga asal: RM118 | Harga promosi: RM52)

miracle toner

Mirae Ex8 Minutes Best Selling Mask [Ada 4 Pilihan] (Harga asal: RM59.90 | Harga promosi: RM28.90)

Mirae Ex7

Disebabkan banyak produk kecantikan yang ditawarkan bagi setiap wave, anda boleh layari laman web Hermo untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai barangan jenama mana yang ditawarkan pada hari-hari berkenaan.

10. Bintang Hebat Skincare

Impikan kulit wajah yang berseri dan sihat? Jangan lupa untuk membeli-belah semasa promosi ulang tahun ke-8 Hermo bagi menerima tawaran hebat daripada 100 best-seller teratas bagi produk penjagaan kulit.

Dr. Morita Hyaluronic Acid Long Lasting Facial Mask 5 keping/sekotak

Dr Morita Face Mask

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion 170ml (Rich)

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Lotion

Nature Republic Super Aqua Max Fresh Watery Cream 80ml

A picture containing window, sitting, blue Description automatically generated

L’Oreal Paris Pure Clay Mask 50g [Ada 4 Pilihan]

Loreal Paris Pure Clay Mask

*Tawaran ini berlangsung daripada 10 hingga 14 Jun.

11. EKSKLUSIF HERMO – Minyak wangi berjenama

Penjagaan diri yang lengkap sudah pastinya disempurnakan dengan wangian yang mampu membuatkan semua orang menyedari kehadiran anda walaupun di mana sahaja. Nah! Dengan promosi yang berlangsung daripada 18 hingga 24 Jun nanti, anda boleh berjimat sehingga 62% apabila membeli minyak wangian premium daripada variasi jenama hebat.

Promosi sempena sambutan ulang tahun ke-8 Hermo ini nyata ‘bukan beshe-beshe’! Hampir 60 jenama terkenal yang merangkumi pelbagai produk kecantikan bakal menjadi milik anda dengan harga yang murah. Pasti menyesal sekiranya anda pandang sebelah mata sahaja tawaran hebat HAPPY 612 Anniversary Hermo #HERMO612 ini.

Untuk pastikan anda tidak terlepas peluang yang datang hanya setahun sekali ini, dapatkan maklumat lanjut menerusi laman web Hermo Malaysia #HERMOMY, Instagram dan juga Facebook Hermo!

Dapatkan pelbagai produk kecantikan daripada pelbagai jenama dengan harga tidak masuk akal, hanya di Hermo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...