Sambut Ulang Tahun Ke-54, Ibu Neelofa Teruja Dapat Hadiah BMW Daripada Suami

Hiburan

Sambut Ulang Tahun Ke-54, Ibu Neelofa Teruja Dapat Hadiah BMW Daripada Suami

Menerima sebuah kereta mewah BMW daripada suaminya Datuk Abdul Halim Khan sempena ulang tahun kelahiran yang ke-54 pada 8 Julai lalu, ibu kepada pengacara popular tanah air Neelofa iaitu Datin Noor Kartini zahir rasa syukur.

ibu neelofa dapat bmw daripada suami

Advertisement

Menurut Kartini, dirinya meluahkan rasa terharu bukan disebabkan hadiah yang diterimanya, malah usaha suami merancang kejutan istimewa itu menyentuh hati dan perasaannya.

“Yang terharu bukan kejutan atau hadiah, tapi usahanya yang membuatku cukup-cukup terharu. Love you sayang. Kau lah sinar hidupku. Kebahagiaanku.”

Teruja menerima kejutan tersebut, usahawan itu sempat memuat naik foto kenderaan mewah jenis BMW itu di laman instagram miliknya.

“Semoga Allah merahmati dan sentiasa menyayangi serta melindungmu dan memberkati rezekimu sayang dengan kesehatan yang afiyah. Amin, Love you sayang.”

ibu neelofa dapat bmw daripada suami

Seperti sudah dijangka, posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai kata positif. Selain menzahirkan ucapan selamat hari lahir kepada Kartini, pengikutnya juga dilihat mendoakan kesejahteraan buat pasangan ini.

Malah wujud juga segelintir pengikutnya memohon agar Tuhan sentiasa memberkati perjalanan hidup usahawan itu kerana Kartini dikhabarkan seorang yang dermawan dan pemurah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...