Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sambut Ulang tahun Ke-30, Hafreez Adam Akui Kini Lebih Bahagia

Sempena ulang tahun ke-30 pada Rabu lalu, pelakon Hafreez Adam zahir rasa syukur dengan perjalanan hidupnya malah menyatakan segala yang terjadi itu bagai membentuk dirinya yang sekarang.

hafreez adam

Advertisement

Menurut Hafreez, banyak cabaran yang ditempuhinya sama ada manis ataupun pahit. Hal ini kerana, pelbagai perkara kini bagai menyedarkan dirinya dan beranggapan beliau akan menjadi manusia yang tidak bersyukur andai tidak menghargai segala yang ada di depan mata.

Kisah itu dikongsi Hafreez sendiri dalam sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Advertisement

“Perjalanan yang menakjubkan untuk saya buat masa sekarang ini dan saya tidak akan ubah satu pun.”

Tambah Hafreez, beliau kini berada pada fasa yang paling tenang berbanding kisah hidupnya sebelum ini. Meskipun begitu, Hafreez juga tidak lupa berteima kasih kepada keluarga dan sahabatnya yang tidak putus memberi semangat kepada beliau dalam menempuh liku kehidupan.

hafreez adam

“Terima kasih! To many more years of growing together, positively. Selamat hari jadi kepada saya!”

Advertisement

Terdahulu, Hafreez dan pelakon Zara Zya mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober tahun lau, namun kedua-dua mereka terpaksa berdepan episod putus tunang apabila pasangan ini dikhabarkan sepakat meleraikan hubungan itu selepas sebulan bertunang.

hafreez adam zara zya putus tunang

Berita itu disahkan sendiri oleh Hafreez malah dirinya juga tetap akur dengan suratan yang tertulis dan menjelaskan perpisahan itu juga dilakukan secara baik oleh kedua belah pihak.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top