Sambut Raya Sambil Menang Voucher Di Sunway Pyramid, Menariknya!

Trending

Sambut Raya Sambil Menang Voucher Di Sunway Pyramid, Menariknya!

Raya dah nak dekat. Sure ramai pembaca-pembaca blog AN balik ke kampung. Meriahnya! Tapi apa-apa pun, memandu lah dengan cermat ok. Ingat orang yang tersayang.

Advertisement

Bagi korang yang berada di area Subang Jaya khususnya, admin nak share info best ni! Terutama yang jenis “kaki voucher”.

Sunway Pyramid sedang mengadakan sambutan hari raya bermula sekarang sehingga raya nanti. Kalau korang takde nak kemana-mana atau duduk melepak kat rumah je, baik korang singgah ke Sunway Pyramid sambut raya kat sana. Meriah!

Oh ye.. sempena raya aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi, Sunway Pyramid mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk korang bertemakan retro 1960-an.

Selain dari itu juga, korang turut berpeluang menebus sampul raya istimewa dari pusat beli belah sunway pyramid serta boleh dapat voucher Pop Yeh Yeh yang mana jika berminat untuk dapatkan rambut retro sempena raya yang tak lama lagi. Cuma guna je voucher tersebut dan singgah ke salon yang terpilih.

Mudah je kan!

Untuk dapatkan sampul raya istimewa tersebut, korang hanya perlu membeli belah dengan minima belian sebanyak RM250(RM150 pula untuk pemegang kad kredit HSBC).

Aktiviti ini berlangsung dari 17 Jun 2016 sehingga 10 Julai 2016. So boleh ajak kawan-kawan atau family korang beraya di Sunway Pyramid Mall untuk merasai suasana era 1960an. Bila lagi nak rasa suasana raya yang bertemakan retro klasik macam ni. Admin pun nak pergi sana dengan member-member yang lain. Dari tak buat apa-apa kat rumah, terjah sana syok gak!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.