Terdahulu, ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sedih apabila mengetahui menantunya, Puteri Sarah Liyana bakal menyambut hari perayaan di luar negara.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Datin Patimah turut meletakkan emoji patah hati dengan berlatarkan lagu Air Mata Syawal nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Difahamkan, keputusan Sarah untuk beraya di luar negara ada kaitan dengan kes perceraiannya bersama suami yang bakal berlangsung pada 18 April ini.
Hari raya Puteri Sarah dan anak-anak, akan membawa diri ke luar negara. Hancur hati melihatnya.
Bukan itu sahaja, isteri kepada Yusof Haslam itu turut menyelar perbuatan kejam orang ketiga yang menjadi punca kes penceraian di antara Syamsul dan Sarah.
Kejam perbuatan mereka!
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mendoakan kebahagiaan Sarah yang bakal dilepaskan suami selepas empat tahun mempertahankan rumah tangga.
Bagaimanapun, hantaran Datin Patimah itu telah menimbulkan persoalan netizen mengenai status iddah aktres berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.