Sambut Lebaran Hanya Berbaju Kelawar, Emma Maembong Tetap Cantik Dipuji Peminat

Hiburan

Sambut Lebaran Hanya Berbaju Kelawar, Emma Maembong Tetap Cantik Dipuji Peminat

Hanya mengenakan pakaian tidur di hari lebaran, pelakon Emma Maembong tetap tampil menawan menggayakan baju kelawar di pagi 1 Syawal.

Meskipun meraikan hari raya dengan penuh sederhana, Emma dan suami, Shazli Azhar tetap ceria menyambut hari penuh kemenangan buat umat Islam ini.

Advertisement

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini telah berkongsikan beberapa keping foto suasana hari raya di Instagram miliknya di mana dia dilihat memakai baju kelawat ketika bersalaman dengan suami tersayang untuk sesi bermaafan.

Malah, Shazli juga tampil santai menggayakan kain pelikat bersama t-shirt kosong.

Raya gaya PKP tersebut turut diterjemahkan dalam sebuah video di mana Emma telah berkongsi cara dia dan suami menyambut lebaran hanya dengan duduk di rumah menonton televisyen sambil melayan cahaya mata sulung mereka, Shariq Gabriel yang kini berusia hampir enam bulan.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji pasangan ini yang dilihat begitu santai dan rileks.

“Emma pakai baju kelawar pun cantik..” tulis seorang pengguna media sosial.

Namun ada juga yang meninggalkan komen berbaur teguran terhadap Emma agar menghormati Hari Raya Aidilfitri yang disambut setahun sekali itu.

“Walaupun beraya di rumah, bercantik-cantik (memakai pakaian cantik) itu sunnah. Merayakan hari kemenangan..” tegur netizen.

Terdahulu, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) secara menyeluruh ke seluruh negara daripada 12 Mei sehingga 7 Jun 2021.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...