Sambut Hari Lahir Ke-43, Fazley Yaakob Kongsi Makanan Dengan Orang Awam

Hiburan

Sambut Hari Lahir Ke-43, Fazley Yaakob Kongsi Makanan Dengan Orang Awam

Bagi menyambut hari lahir yang ke-43, pelakon dan chef yang dikenali ramai, Datuk Fazley Yaakob telah berbesar hati untuk berkongsi 100 pek makanan kepada rider makanan dan juga orang awam.

Melalui video telah dimuatnaik di laman Instagram beliau, Datuk Fazley berkata dia telah berjumpa dengan ramai orang kita mengedarkan makanan itu seperti peminta sedekah, penjual tisu, para gelandangan dan ramai lagi.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Datuk Fazley ungkap rasa gembira dapat menyerahkan makanan itu sendiri dan dapat berinteraksi dengan orang ramai.

Dalam masa singkat tu dapat beramah mesra dengan orang ramai. Buat saya rasa happy sangat.

Penyanyi lagu Bila April itu telah berkongsikan video pendek yang berdurasi 1 minit 29 saat dirinya menyerahkan makanana itu di laman Instagram nya.

Rata-rata di ruangan komen penuh dengan netizen memuji kemulian hati Datuk Fazley dan mendoakan dirinya agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...