Sambut Hari Lahir Ke-40. Datin Alyah Ucap Kata Penghargaan,-“Hanya Allah Mampu Membalasnya..”

Hiburan

Sambut Hari Lahir Ke-40. Datin Alyah Ucap Kata Penghargaan,-“Hanya Allah Mampu Membalasnya..”

Kelmarin, penyanyi Datin Alyah telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40.

Datin AlyahSumber : Instagram Datin Alyah  

Perkara itu dikongsikan Alyah menerusi akaun Instagramnnya yang turut menzahirkan ucapan khas sempena sambutan hari istimewa itu kepada ahli keluarga, sahabat handai dan juga peminat yang mengikuti perkembangan dirinya di media sosial.

Advertisement

Kata-kata penghargaan itu ditujukan khas oleh penyanyi lagu Meluruh ini kepada mereka di luar sana yang tidak berhenti menyokong kerjaya seninya.

Dia dalam pada itu berkata hanya Allah SWT yang mampu membalas ucapan dan doa-doa yang dipohon sempena hari kelahirannya itu.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Dalam entri itu, Datin Alyah turut berkongsikan sebuah foto dia bersama ahli keluarga dan suami tercinta, Datuk Ramli MS yang lebih mesra disapa sebagai Tok Ram.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat telah tampil mendoakan agar hidup Alyah diberkati dan bahagia bersama keluarga tercinta.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Sekadar info, Alyah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ramli MS pada tahun 2013 yang lalu dan kini dalam perancangan mendapatkan cahaya mata melalui proses persenyawaan In-Vitro Fertilization (IVF) tidak lama lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...