Aktres Janna Nick yang baru menyambut ulang tahun kelahiran baru-baru ini berkongsi harapannya untuk memiliki anak suatu hari nanti.
Diraikan oleh suaminya, Dini Schatzmann dengan meluangkan masa berkelah sempena hari lahirnya, Janna berkongsi di Instagram bahawa dia masih belum berputus asa mendoakan agar diberi rezeki mengandung dan mempunyai anak.
Kongsi petikan tentang hamil
Perkongsian Janna di Instagram meraih perhatian ramai rakan-rakan artis dan pengikutnya di platform tersebut yang mendoakan agar impiannya dan Dini untuk memiliki anak dimakbulkan olehNya.
Menerusi hantaran yang sama, Janna turut berkongsi petikan ayat tentang perancangan untuk hamil dan memiliki anak serta motherhood.
Belum berhenti berharap (untuk hamil).
Ramai doakan
Ruangan komen hantaran Janna itu dipenuhi dengan kata-kata semangat dan doa daripada orang ramai yang berharap agar pelakon dan pengacara tersebut memiliki zuriat suatu hari nanti.
View this post on Instagram