Sambut Hari Lahir Berdua Di Rumah Orang Tua, Zara Zya Jalin Hubungan Istimewa Dengan Alha Alfa?

Hiburan

Sambut Hari Lahir Berdua Di Rumah Orang Tua, Zara Zya Jalin Hubungan Istimewa Dengan Alha Alfa?

Pelakon Zara Zya yang meraikan hari lahirnya pada 22 Oktober lalu bersama usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa nampaknya ada menuai sedikit spekulasi daripada peminat yang mendakwa mereka berdua kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.

2 bulan lalu

"Bakat Dan Populariti Perlu Seiring" - Zara Zya

Advertisement

Tampil menafikan pernyataan tersebut, Zara Zya atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menegaskan bahawa hubungan mereka hanyalah kawan biasa.

Ujarnya lagi, dia sudah lama mengenali Alha sejak lapan tahun yang lalu dan usahawan itu tidak pernah terlepas meraikan hari ulang tahun kelahirannya.

Ramai orang ingat saya ada hubungan dengan Alha, sejujurnya kami tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa pun. Sudah lama kami menjadi kawan baik, sejak tujuh atau lapan tahun lalu kami kenal.

Sampailah sekarang hubungan persahabatan kami masih baik. Memang setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran saya, dia mesti akan ada sekali. Dia tak pernah terlepas sambut hari jadi saya.

Advertisement

Terdahulu, pelakon drama Seadanya Aku ini ada memuat naik video di Instagram di mana dia mengunjungi Pusat Jagaan Sri Mesra, Ampang yang menempatkan warga tua muslimah bersama-sama Alha.

Dalam perkongsian itu, Zara mengucapkan rasa syukur kerana berpeluang menyambut hari lahirnya di pusat jagaan tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. anonymous

    November 1, 2021 at 11:09 am

    siannya mak sapa lah tu dicampak kan kat umh org tua bertingkapkan grill saja,kau buatkan lah dinding dato sian acik tu tidur malam berembun

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...