Sambut Hari Kelahiran Ibu Tercinta, Wawa Zainal Hadiahkan Kek ‘Tarik Duit’ Sebagai Kejutan Istimewa

Hiburan

Sambut Hari Kelahiran Ibu Tercinta, Wawa Zainal Hadiahkan Kek ‘Tarik Duit’ Sebagai Kejutan Istimewa

Pelakon yang kini bergelar usahawan kosmetik, Wawa Zainal dilaporkan telah membuat kejutan istimewa ketika meraikan hari kelahiran ibu kesayangannya, baru-baru ini.

Wawa ZainalSumber : Instagram Wawa Zainal  

Bukan biasa-biasa, Wawa katanya telah menghadiahkan sebiji kek yang berisi wang tunai ataupun lebih dikenali sebagai ‘Kek Tarik Duit’ seperti pernah tular di media sosial sebelum ini.

Advertisement

Momen indah ketika majlis tersebut berlangsung telah dikongsikan isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu menerusi laman Instagram untuk tatapan peminat serta pengikut media sosialnya.

“Selamat ulang tahun mak..walaupun Wawa bukanlah dibesarkan oleh ibu kandung, Wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada dua ibu. Mencuba menjadi anak yang sentiasa membahagiakan ketiga-tiga orang tua ku.”

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tampil memuji usaha Wawa untuk memberi kebahagiaan serta kesenangan kepada orang tuanya meskipun tidak dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri.

Dalam pada itu, ramai peminat Wawa turut mendoakan agar kehidupan ibunya sentiasa dirahmati serta dimurahkan rezeki selalu buat keluarga bahagia ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...