Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sambut Hari Jadi Tanpa Kehadiran Syamsul Di Sisi, Puteri Sarah Liyana Berdoa Supaya Dijauhkan Dari Gangguan Jin Dan Syaitan

Menyambut hari jadi pada tanggal 1 Disember 2020, pelakon Puteri Sarah Liyana telah menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang disambut di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Dia yang memuat naik sebuah video pendek menerusi ruangan Instagram miliknya kelihatan teruja apabila menerima kejutan berupa dua biji kek oleh pihak hotel.

Advertisement

Puteri Sarah kemudian dilihat meniup lilin dan bergambar bersama kek tersebut. Turut menemani ialah kedua-dua orang anaknya yang setia menemani di sisi.

Meskipun tiada ‘bayang’ suaminya iaitu Syamsul Yusof ketika sambutan ringkas itu, namun Puteri Sarah tetap mendoakan agar rumah tangganya berkekalan dan memperoleh kebahagiaan untuk masa hadapan.

View this post on Instagram

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

“Doakan kesejahteraan keluarga Sarah, keluarga bahagia dunia akhirat Sarah dan rumah tangga Sarah berkekalan hingga ke Jannah. Semoga 2021 sarah dan keluarga bertambah baik dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok. Mohon dijauhkan dari gangguan jin & syaitan.”

Meninjau ruangan komen, peminat serta pengikut media sosial pelakon itu turut tampil mengucapkan selamat hari lahir kepada aktres itu dan mendoakan kebahagian keluarganya.

Terdahulu, pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof membuat pendedahan bahawa dia dan Puteri Sarah kini tidak lagi tinggal sebumbung. Pasangan ini yang telah mendirikan rumah tangga  pada tahun 2014 yang lalu turut dikurniakan dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    December 3, 2020 at 11:09 am

    hm mcm bayangan kene sihir je.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top