Sambut Hari Jadi Secara Sederhana Bersama Datin Alyah, Tok Ram Kongsi Momen Istimewa Di Instagram

Hiburan

Sambut Hari Jadi Secara Sederhana Bersama Datin Alyah, Tok Ram Kongsi Momen Istimewa Di Instagram

Penyanyi Datin Alyah yang juga isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS dilihat membuat kejutan istimewa kepada suaminya itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-62.

Sambutan hari jadi secara sederhana itu turut diraikan oleh rakan terdekat pasangan terbabit.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik di ruangan Instagram kedua-dua pasangan ini, kelihatan Datin Alyah tiba-tiba masuk ke ruang tamu sambil membawa sebiji kek dan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buat Datuk Ramli MS.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Malah, mengenali Datuk Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram yang jarang sekali berkongsikan perihal keluarganya turut berkongsikan momen istimewa tersebut di Instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Sehubungan dengan itu, ramai rakan artis serta peminat telah tampil mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat maestro muzik terkenal tanah air itu. Tidak kurang juga yang mendoakan supaya rumah tangga pasangan ini kekal sehingga ke syurga.

Sekadar info, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah telah mendirikan rumah tangga sejak 18 Mac 2013 yang lalu. Selamat hari lahir diucapkan kepada Datuk Ramli MS!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...