Sambut Hari Jadi Anak Secara Maya Bersama Anak Yatim, Anzalna Batal Acara Mewah Di Hotel

Hiburan

Sambut Hari Jadi Anak Secara Maya Bersama Anak Yatim, Anzalna Batal Acara Mewah Di Hotel

Pelakon jelita, Anzalna Nasir dilaporkan telah mendatangkan senyuman kepada anak-anak yatim apabila dia telah menyambut ulang tahun kelahiran yang kedua buat anak lelakinya, Mohamad Eidrees pada hari Isnin yang lalu.

Menurut Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir,33 dia dan suami Hanif Zaki hanya mahu berkongsi kegembiraan di atas hari berbahagia anaknya itu bersama dengan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Advertisement

Ujarnya lagi, perancangan awal mereka sekeluarga adalah untuk meraikan hari kelahiran Eidrees di sebuah hotel namun terpaksa ditunda disebabkan oleh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini.

Meskipun hanya menyambut acara tersebut secara maya bersama anak-anak yatim tersebut, Anzalna walau bagaimanapun tetap gembira kerana dapat berkongsi rezeki dengan insan-insan bertuah itu.

“Budak-buka suka kek, aiskrim dan belon itu yang kami terfikir untuk buat majlis dengan mereka sama-sama tolong doakan Eidrees. Semalam (Isnin), saya dan suami hanya hantar makanan dan belon dan kami sama-sama sambut secara online dengan mereka.”

Anzalna juga menafikan niatnya berkongsi rakaman video ulang tahun kelahiran Eidrees itu sebagai menunjuk-nunjuk untuk mendapatkan pujian tapi hanya ingin mengajak para peminat dan pengikut media sosialnya agar tidak melupakan golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Pelakon drama Dendam Aurora ini juga mengakui tidak menerima sebarang komen negatif melainkan yang baik-baik sahaja serta percaya bahawa setiap kali seseorang itu berniat untuk memberi sedekah, tidak akan putus rezeki daripada Allah S.W.T.

Terdahulu, Anzalna telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohamad Hanif Zaki,33, pada 21 Februari 2016 yang lalu dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...