Sambut Hari Hidrasi Sedunia, Ini Apa 100PLUS Buat Untuk Hidrat 100 Ribu Rakyat Malaysia!

Branded

Sambut Hari Hidrasi Sedunia, Ini Apa 100PLUS Buat Untuk Hidrat 100 Ribu Rakyat Malaysia!

“Hari Hidrasi Sedunia? Apa tu?!”

Untuk pengetahuan anda, setiap tahun Hari Hidrasi Sedunia disambut pada tanggal 23 Jun. 

Dalam badan manusia, air merupakan komponen kedua terpenting selepas oksigen dan lebih 60 peratus daripada tubuh kita sebenarnya terdiri dari air. Setiap hari, badan pula akan kehilangan 10 sehingga 20 cawan air secara purata bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.

Sungguhpun begitu, ramai dalam kalangan kita tak menitikberatkan pengambilan air secukupnya dalam kehidupan seharian sehingga menyebabkan diri sukar fokus dan tak dapat nak berikan prestasi terbaik.

Tapi nasib baiklah ada 100PLUS yang merupakan Rakan Hidrasi No.1 di Malaysia. Sempena Hari Hidrasi Sedunia tahun ni, 100PLUS begitu komited dalam memastikan misi untuk 100,000 rakyat Malaysia kekal hidrat tercapai dan dalam masa yang sama, berusaha meningkatkan tahap kesedaran awam tentang kepentingan hidrasi. Terbaiklah!

Bila dah dapat penghidratan yang diperlukan, barulah tubuh kembali bertenaga, mental menjadi lebih fokus dan anda pun dapat memberikan prestasi 100 peratus dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Jom hidrat dan berikan 100% dengan 100PLUS

Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS

Memandangkan hidrasi memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda, apa kata anda pilih minuman 100PLUS yang mengandungi elektrolit sebagai rakan hidrasi untuk mendapatkan penghidratan lebih pantas berbanding air. Jadi ingat, sesibuk mana pun anda kena pastikan diri kekal hidrat dengan minuman 100PLUS.

Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei meriahkan sambutan Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS

Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS

Sempena Hari Hidrasi Sedunia baru-baru ini juga, 100PLUS telah menganjurkan karnival Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS yang disambut bersama rakyat Malaysia di kawasan terbuka Pavilion, Kuala Lumpur.

Sambutan 4 hari yang bermula pada 23 Jun minggu lalu turut dimeriahkan dengan kehadiran duta 100PLUS yang bersama-sama menyebarkan kebaikan hidrasi dan beramah-mesra dengan pengunjung.

Kemuncak sambutan semestinya dengan kehadiran Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei, wira negara yang menyempurnakan gimik pelancaran pada hari Sabtu yang lalu.

Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS

Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei dalam pada itu sempat meluangkan masa bermain permainan interaktif dalam aplikasi telefon bimbit yang dihubungkan dengan papan iklan digital 3D terbesar pertama di Malaysia bersama-sama dengan orang ramai. Syok tu! 

Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS

Dalam pada itu, Syafiq Kyle selaku salah seorang duta 100PLUS turut dilihat menyebarkan kepentingan dan kebaikan hidrasi di booth 100PLUS serta sempat mengagihkan minuman 100PLUS kepada pengunjung yang hadir. 

HARI HIDRASI SEDUNIA 100PLUS

Sambutan Hari Hidrasi Sedunia 100PLUS ini merupakan kesinambungan daripada kempen JOM100 yang dianjurkan 100PLUS sejak awal tahun ini.

Melalui kempen JOM100 ni, 100PLUS ingin menekankan kepentingan untuk kekal hidrat dalam kehidupan seharian. Bila anda hidrat, barulah boleh 100 peratus fokus dan memberikan prestasi 100 peratus..

Tambah-tambah pula dengan keadaan negara yang bersuhu panas sepanjang tahun ni, penting untuk anda pastikan tubuh mendapat penghidratan yang diperlukan dengan 100PLUS!

JOM HIDRAT, JOM FOKUS dan JOM100 dan berikan yang terbaik dalam hidup bermula dengan penghidratan optimum bersama 100PLUS. Nak tau lebih info mengenai JOM100? Layari https://www.100plus.com.my/jom-100

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...