Sambut Hari Bapa Bersama, Edika Yusof Tak Tolak Kemungkinan Rujuk Dengan Bekas Isteri – “Jika Ada Jodoh, Saya Terima..”

Hiburan

Sambut Hari Bapa Bersama, Edika Yusof Tak Tolak Kemungkinan Rujuk Dengan Bekas Isteri – “Jika Ada Jodoh, Saya Terima..”

Pelakon, Edika Yusof tidak menolak kemungkinan kembali rujuk dengan bekas isterinya iaitu Nor Hidayah Yusri selepas disahkan bercerai talak satu pada 5 Mei yang lalu.

Memetik laporan Mstar, Edika Yusof berkata dia hanya berserah kepada jodoh sekiranya ada peluang untuk mereka memperbaiki hubungan rumah tangga.

Advertisement

edika yusof dan isteri

Rasa sayang memang ada sebab itu saya tak mahu ceraikan dia sebelum ini. Mungkin ketika itu dia dalam keadaan marah dan terbawa-bawa dengan emosi.

 

Jika ada jodoh antara kami, saya terima. Segalanya di tangan Allah. Namun, jika sebaliknya, tiada salah untuk kami terus berkawan.

Edika mengulas perkara tersebut selepas dia dan Hidayah dilihat meluangkan masa makan malam bersama sempena meraikan Hari Bapa baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Kata Edika, dia dan bekas isterinya juga bersetuju untuk tidak menjadikan penceraian mereka sebagai alasan untuk bermusuhan.

Sebelum berpisah pun kami sudah ingatkan diri untuk terus berkawan walau apa terjadi. Kami sudah 20 tahun bersama, jadi kenapa perlu bermusuhan?

 

Kami rapat seperti kawan baik dan tiada sebarang masalah. Malah, lepas bercerai pun saya yang bantu dia pindah keluar.

Walau bagaimanapun, Edika menegaskan bahawa belum ada sebarang perbincangan antara dia dan bekas isterinya untuk kembali rujuk.

edika yusof sah cerai

Lepas bercerai memang jarang berhubung. Cuma baru-baru ini dia ajak saya makan malam bersama. Bila jumpa kami boleh berbual seperti biasa.

 

Belum pernah bercakap soal rujuk. Tapi saya tak pernah berhenti doa.

Sekadar info, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fareena Nurulhaq.

edika yusof
2 days ago

Edika Yusof Sambut Hari Bapa Bersama Bekas Isteri Dan Anak-Anak Jadi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...