March 5th, 2019

Baru sahaja meraikan adiknya, Nelydia Senrose dalam satu majlis ‘bridal shower’ baru-baru ini, aksi pelakon Uqasha Senrose yang menyambut bunga yang dibaling oleh Nelydia menjadi buah mulut netizen dan  menerima pelbagai kritikan termasuklah terlalu ingin mengikut budaya barat.

Bagaimanapun, kata Uqasha ianya berlaku secara spontan dan hanya sekadar untuk suka-suka sahaja.

Advertisement

Tak sangka pula video yang dikongsikan itu mendapat perhatian daripada orang ramai. Kami semua bukan mengikut budaya asing, tapi perkara itu tidak dirancang daripada awal dan ia terjadi secara spontan saja.

Kalau diikutkan semua wanita yang berada di belakang tu sudah berpunya dan saya sahaja yang belum ada kekasih. Tak sangka pula saya yang dapat menangkap bunga itu dan mungkin itu adalah petanda bahawa saya juga akan berkahwin tidak lama lagi.

Mungkin juga tidak lama lagi Uqasha bakal bertemu dengan “Mr Right” beliau. Kita doakan yang baik-baik.

Sumber Berita : Astro Gempak 

Advertisement

20 responses to “Sambut Bunga Di Bridal Shower Nelydia, Uqasha Senrose Nafi Ikut Budaya Barat”

  1. R says:

    Bukan ikut budaya barat? Nama pun Bridal Shower’ ada ke perkataan tu dalam vokabularry. Melayu? Duh!

  2. Rin says:

    Yang lebih dari ni pon banyaklah, ape nak hairan, melayu sekarang

  3. think says:

    adat = cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat
    Adat baling2 bunga lebih kurang mcm “adat” baling gula2 suruh budak2 kutip kat atas tanah tu.

  4. faraj says:

    nanti bakal suami hikang kt lautan lagi kan…..cukuplah Uqasha Senrose nanti Adik dia plak kan nanti org ketawa sepanjang hayat mcm Uqasha Senrose……nasihat saya..jgn buang air dlm tempayan bila dgr guruh dilangit..tunggu hujan dulu…kikiki..

  5. Anonymous says:

    nama pun budaya, bukannya agama…selagi tak lari aqidah tak pe laa…niat diaorg nk suka2 je…bukannya sambut bunga tu automatik jadi kafir…otak jgn jumud sgt…

Loading...