Sambut Birthday Cucu, Ismail Sabri Dipaksa Bertocang Macam Elsa

Trending

Sambut Birthday Cucu, Ismail Sabri Dipaksa Bertocang Macam Elsa

Meskipun sebelum ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selalu dilihat tegas dalam mengulas isu serius mengenai perkembangan Covid-19 di Malaysia ketika sidang media.

Namun, segalanya seakan berubah apabila beliau dilihat tidak segan berkongsi momen gembira di laman Instagram bersama keluarganya terutama sekali dengan cucu kesayangan, Jeanelle Nika Mandagie yang juga anak kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina.

Advertisement

Menerusi entri berkenaan, beliau bertindak menyajikan gambar bersama kanak-kanak berusia tiga tahun itu dengan kapsyen yang agak lucu ketika meraikan ulang tahun kelahiran cucunya.

Dedah Ismail, pada awalnya cucu sulungnya itu telah ‘memaksa’ beliau untuk menjadi Olaf The Snowman iaitu salah satu watak dalam filem animasi Frozen, bagaimanapun segalanya berubah selepas beliau turut dipaksa menjadi Puteri Elsa.

Perkongsian itu dilihat lucu kerana Ismail hanya menurut sahaja perintah cucunya untuk bergambar bersama rambut tocang palsu di kepala.

Rentetan kejadian, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur melihat beliau melayan cucunya ketika di luar waktu bekerja. Malah tidak ketinggalan menzahirkan rasa gembira melihat momen manis Ismail bersama cucunya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...